Anak kembar Azhar Sulaiman cemerlang SPM, bakal ambil jurusan undang-undang

ANAK kembar pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Khamis.

Azhar berkongsi perkara itu di Instagram mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada isterinya Chempaka Emalin Pahamin.”Syukur Alhamdulillah, kembar saya Rees dan Leona telah berjaya dalam keputusan SPM Mereka. Dua-dua pun sudah setuju untuk ambil jurusan undang-undang.

Azhar bersama isteri dan anak kembarnya.

 

“Terima kasih ‘zillion’ kepada isteri saya, Chempaka yang sentiasa bekerja keras untuk anak-anak dan telah menjaga keluarga kita dengan baik.

“Awak ibu yang terbaik,” tulisnya

Sementara itu, Leona berkongsi keputusan SPM dengan mendapat 7A dan 1B. Manakala Rees masih belum berkongsi berkaitan keputusan yang diterimanya.

“7As 1B+, saya rasa baik sahaja.” ujarnya.

Selain Leona dan Rees, Azhar Sulaiman turut mempunyai seorang lagi cahaya mata, Kasih Leia Ixora, 21.

Artikel Berkaitan: “Kalau Result SPM Kau Teruk, Jangan Down, Mungkin Rezeki Kau Lepas SPM, Allah Dah Aturkan Cantik”

Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2019 telah diumumkan pagi tadi. Peristiwa ini sering menjadi suka dan duka para pelajar di seluruh dunia. Perasaan cuak dan gugup mula timbul dalam diri sejurus mengambil keputusan tersebut.

Tetapi, janganlah berasa sedih jika tidak berjaya dalam SPM, yakinlah itu dinamakan rezeki. Jika ditakdirkan tidak mendapat keputusan yang baik, mungkin masa akan datang, kita diberi rezeki yang melimpah ruah.

Seperti perkongsian lelaki ini di laman Twitternya mengenai jatuh bangun pelajar yang memperolehi keputusan yang tidak bagus.

Ini kata-kata semangat dan nasihatnya kepada orang ramai.

Apa yang penting seperti ditekankan dalam status ini adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Jangan risau dengan rezeki yang dijanjikan olehNya.

 

Sumber: mStar, Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MHI

Be the first to comment on "Anak kembar Azhar Sulaiman cemerlang SPM, bakal ambil jurusan undang-undang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares