Tasha Shilla sah bergelar isteri kepada Muhammad Atiq selepas seminggu bertunang

PELAKON Tasha Shilla selamat bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris, 33, dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali disaksikan Imam Besar Masjid Wilayah, Ehsan Mohd Hosni pada pukul 9.59 pagi.

Tasha atau nama sebenar Natasha Sheila Abdul Razak, 33, menerima sebentuk cincin dan mas kahwin sebanyak RM800, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Tasha selamat bergelar isteri Muhammad Atiq.

Majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga, teman rapat dan rakan media.

Manakala, majlis resepsi dijangka akan diadakan pada petang Jumaat.

Sementara itu, Tasha memberitahu dia tidak menghebahkan niat untuk mendirikan rumah tangga pada umum kerana berasakan ia terlalu peribadi.

Pelakon ini turut memberitahu akan menetap di Singapura bersama suami yang bekerja dalam bidang kewangan di sana.

Dengan sekali lafaz Muhammad Atiq bergelar suami Tasha.

Pada Ahad lalu, pasangan ini mengikat tali pertunangan setelah dua bulan berkenalan.

Tasha berkata dia bersetuju menerima lamaran Atiq kerana merasakan jejaka itu adalah cinta sejati yang dicari selama ini.

“Kami rapat sejak Disember tahun lalu dan tak sangka secepat ini kami melangkah ke fasa baharu.

“Bersyukur dipertemukan dengan Atiq dan ini memang jodoh saya, rasa cukup tenang… inilah cinta sejati! Suami pun nak cepat halalkan hubungan,” ujarnya.

“Dia memang jodoh saya… inilah cinta sejati!” – Tasha Shilla bertunang selepas dua bulan berkenalan

Tasha Shilla bertunang selepas dua bulan mengenali bakal suami.

TERDAHULU, Selepas dua bulan berkenalan, akhirnya pelakon Tasha Shilla dan pasangan Muhammad Atiq Idris mengikat tali pertunangan pada Ahad.Tasha atau nama sebenar Natasha Sheila Abdul Razak, 33, berkata dia bersetuju menerima lamaran Atiq kerana merasakan jejaka itu adalah cinta sejati yang dicari selama ini.“Kami rapat sejak Disember tahun lalu dan tak sangka secepat ini kami melangkah ke fasa baharu.

Tasha Shilla akhirnya bergelar tunangan orang.

“Bersyukur dipertemukan dengan Atiq dan ini memang jodoh saya, rasa cukup tenang… inilah cinta sejati!

“Bakal suami pun nak cepat halalkan hubungan, InsyaAllah majlis pernikahan akan diadakan dalam masa terdekat ini,” katanya kepada mStar.

Pasangan ini mengadakan majlis pertunangan secara tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan rakan media di Aireka Space, Damansara, Selangor pada Ahad.

Sebagai tanda ikatan, ibu kepada Atiq iaitu Rahimah Yeop menyarungkan sebentuk cincin pada jari manis pelakon filem Ratu The Movie ini.

Tasha dan bakal suami mula berkenalan di sebuah program amal. Foto: IG @tashashilla

 

Dalam majlis pertunangan yang berlangsung penuh meriah itu, Tasha turut mendedahkan wajah bakal suaminya itu yang berkerja dalam bidang kewangan di Singapura.

Sementara itu, Atiq, 33 berkata dia terbuka hati menjadikan Tasha sebagai isteri kerana terpesona dengan sikap penyayang wanita itu.

Tambah Atiq, pertemuan awal di sebuah program amal membuka matanya untuk mengenali Tasha dengan lebih rapat lagi.

“Saya kenal dia ketika sertai program amal di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.

InsyaAllah majlis pernikahan akan diadakan dalam masa terdekat

TASHA SHILLA

PELAKON

“Meskipun luaran Tasha nampak garang tapi dia baik dan lemah lembut.

“Dia juga mementingkan keluarga, suka kanak-kanak dan paling penting menjaga solat,” ujarnya.

Ditanya mengenai tarikh mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga, Atiq berkata ia akan diadakan dalam masa terdekat.

 

Kredit: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MHI

Be the first to comment on "Tasha Shilla sah bergelar isteri kepada Muhammad Atiq selepas seminggu bertunang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares