Uncle Kentang Berbakti Lagi. Kali Ini ‘Dapur Umum’ Pula Buat Rakyat Puchong Tidak Bernasib Baik

Seperti yang kita tahu, setiap orang dikurniakan dengan rezeki yang berbeza-beza. Namun, ia tidak menjadi penghalang kepada kita untuk tidak berbuat baik dan membantu kepada sesama manusia.

Terkadang ada golongan yang tidak berkemampuan sehingga tidak menjamah makanan dan mengikat perut hampir setiap hari.

Pun begitu, akan sentiasa ada insan yang bermurah hati membantu termasuk Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang yang mengambil pelbagi inisiatif membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Terbaharu, beliau mengambil inisiatif membuka Dapur Umum Rakyat Puchong yang bertujuan untuk membantu memberi makan kepada golongan yang tidak bernasib baik.

DAPUR UMUM RAKYAT PUCHONG.

Tatkala kau lapar…. dan kau tiada duit… di PUCHONG SAHAJA… kami sediakan dapur umum…. BOLEH lah kamu isi perut…. INI LAH SEDIKIT SEBANYAK YANG KAMI MAMPU BANTU…. kerana ku mengerti apa itu lapar dan pokai….. kerana aku pernah lalui itu semua… hanya telan air liur…. PROJEK DAPUR UMUM DI PUCHONG PERDANA telah Berjaya memberi makan kepada mereka yang lapar…JIKA ANDA NAK SUMBANG RM 5 untuk orang makan, kamu boleh masukkan kedalam akaun saya 7015170449 cimb kuan chee heng dan tulis sana LAPAR. Lokasi warung NO 5, Puchong Perdana LRT.

Kita juga mengalu alukan mereka yang nak takeover project ini dan membuat kawalselia untuk mereka yang lapar.

Call saya 018 2683999

Uncle Kentang Sediakan Bas Untuk Warga Puchong Buat Rombongan Kahwin, Sewa RM70 Saja

TERDAHULU, Siapa yang tidak kenal dengan Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Uncle Kentang’?

Beliau adalah seorang hero rakyat yang aktif dalam gerak kerja kemanusiaan dengan menjalankan pelbagai bantuan segera tanpa mengira jurang bangsa mahupun agama.

Jika sebelum ini beliau berjaya menyediakan van ambulans dan jenazah, terkini di Facebooknya pagi tadi, Uncle Kentang sekali lagi mengumumkan kerja kebajikan terbarunya, iaitu perhidmatan bas sewa serendah RM70 sahaja.

Menurut kenyataannya, sewaan bas tersebut dikhususkan untuk kegunaan rombongan majlis perkahwinan bagi mana-mana bapa dan ibu tunggal yang ingin kembali berkahwin dan berkeluarga namun kurang berkemampuan.

“Saya offer bas RM70 sekali sewa kerana bayar bus driver dan belanjalah bus driver nasi minyak,” jelasnya mengenai bayaran RM70 tersebut.

Tawaran istimewa itu hanya dibuka untuk warga Puchong yang betul-betul memerlukan dan kadar jarak penggunaannya hanya terhad dalam radius 50 kilometer dari Puchong sahaja.

Hebahan tersebut menerima pelbagai respon positif daripada kalangan warganet yang lain.

Antara komen-komen positif netizen di statusnya.

Inilah nilai sifat kemanusiaan yang harus ada pada semua rakyat Malaysia. Terima kasih Uncle Kentang!

 

Sumber: Kuan Chee Heng, Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MHI

Be the first to comment on "Uncle Kentang Berbakti Lagi. Kali Ini ‘Dapur Umum’ Pula Buat Rakyat Puchong Tidak Bernasib Baik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares