Pegang perut mak keras kembung gila. Adik rasa ada sesuatu luar biasa brlaku.

Assalamualaikum / Salam sejahtera. Nama aku Din. Tulisan ini lebih kepada luahan kerinduanku pada insan bernama emak atau ibu.

Jika ada yang baik mohon diambil pengajaran. Jika ada yang buruk, aku mohon maaf. Ini sekadar luahan isi hati. Emak bukanlah insan hebat dipandangan manusia kebanyakan.

Ya benar, jika kayu ukur bagi kehebatan manusia itu pada tahap akademik, status sosial atau kekayaan. Tapi dimata aku, emak adalah manusia terhebat. Kasih emak tiada gantinya.

Emak telah pergi meningggalkan aku pada tahun lepas (2019) setelah didiagn0sed dengan kansser untuk kali kedua (recurrent).

Emak abah telah menunaikan haji pada tahun lepas. Ketika haji, emak kurang selera makan.Aku sangkakan itu sebab kerana perbezaan makanan.

Dari hospital kerajaan di Johor, Institut knser Negara dan akhir sekali di Hospital UKM. Perjalanan dari mula investigations hingga rawatan kemoterapi memang panjang.

Prosuder dan komplikasi bersilih ganti. Begitu juga semangat aku. Ada turun dan naik. Ada ketika diberi harapan, dan ada ketika dihancurkan harapan yang diberi.

Berita baik dan buruk berselang seli. Diagnosis dengan knser yang sudah merebak ke 8 tempat, dengan umur warga emas, aku merasa kurang keyakinan apakah mak boleh sembuh.

Badan mak mula kurus, berat badan menyusut.Saat aku mengangkat tangan, lidah ku kelu. Aku ingin berdoa semoga mak sembuh tetapi bisik kecil hatiku kurang yakin.

Bukan kurang keyakinan dengan kekuasaan Allah, tetapi kerana berdasarkan hukum sains, sebab-musabab dan prognosis, kebarangkalian untuk sembuh itu rendah.

Tinggal di rumah teres kos rendah. Abah bekerja sebagai pemandu lori. Mak pula surirumah sepenuh masa. Ambil upah menjahit kecil-kecilan. Waktu kecil, aku selalu minta mainan. Kalau mak ada keluar ke kedai, aku selalu tertunggu mak akan bawa balik mainan.

Masa kecil kan, mana tahu erti susah senang cari duit ni. Waktu umur 6 tahun tak silap, aku ikut mak bersama jiran dan anaknya ke shopping complex. Aku minta mainan pada mak.

Mak tak dapat belikan dan aku pula merajuk sepanjang itu. Mainan cuma berharga RM2 saja. Bila aku dah dewasa sampai dah beristeri pun, mak masih bercerita tentang peristiwa tu.

Mak kata mak malu dengan jiran mak sebab tak mampu. Mak kesian dengan aku dan sedih tak tunaikan keinginan aku. Mak masih ingat walaupun dah 20 tahun berlalu.

Ketika aku berumur 12 tahun, ramai kawan-kawan bawa Digimon ke sekolah. Aku minta 1 pada mak abah.

Luluh hati mak bila tahu aku lapar dan rasa mak rasa macam nak muntahkan balik apa yang makan. Ketika aku di tingkatan 3, aku pernah hilang duit.

Aku diamkan tak nak beritahu mak. Tapi entah naluri seorang ibu mungkin boleh rasa, bila balik hujung minggu mak tanya, duit ada lagi tak.

Aku diam sebab tak tahu sama ada nak berterus terang atau tau. Tapi mak dapat mengagak mesti duit aku hilang. Mak kata itu duit upah jahit mak 2 minggu.

Mak tak marah, tapi aku tahu mak kecewa. Mak tahu aku suka ikan sambal manis. Setiap kali pulang bercuti dari universiti, mak mesti akan masak lauk tu.

Sehingga aku dah bekerja. Jauh dari rumah. Tapi setiap kali aku pulang ke rumah ketika hujung minggu, lauk kegemaran aku tu pasti mak masak.

Mandikan anak, suap makan, bermain dengan anak, pujuk anak merajuk, dodoi anak, bergelak dengan anak, semuanya membawa aku ingat macam mana sayangnya mak pada aku.

Mudah kata, bila aku bersama anak, ingatan bersama mak akan muncul bersama. Tiada hari yang berlalu tanpa aku memikirkan tentang mak.

Aku percaya ramai yang ada perasaan begini apabila sudah bergelar ibu atau ayah. Emak pergi setelah dos pertama kemoterapi masuk ke dalam badan.

Walaupun semangat mak kuat namun jasad mak tidak mampu lagi berjuang. Sedih kehilangan mak, tapi aku percaya Allah telah makbulkan doaku. Kesakitan yang mak hadapi tidak lain hanya untuk mengangkat darjat mak disisi Allah.

Emak pergi dengan tanda-tanda husnul khatimah. Mak seorang sangat menjaga solat wajib dan sunat, selalu membaca Al-Quran dan selalu bersedekah.

Mak seorang yang lembut, penyabar dan disayangi rakan dan jiran. Aku percaya kehidupan yang indah untuk mak menanti di sana. Hebatnya kasih seorang mak.

Setiap peristiwa gembira atau sedih yang berlaku pada anaknya, ia tersimpan kemas dalam memorinya. Walaupun bertahun lamanya ia berlaku, mak boleh ingat satu-persatu. Itulah mak.

Insan yang sentiasa memikirkan tentang anak-anaknya melebihi diri sendiri. Sehingga ke akhir hayat, mak tetap wanita terindah dalam hidupku.

Melupakan mak adalah mustahil. Hanya jasad mak yang tinggalkan bumi ini, tetapi kasih sayang dan jiwa mak tetap hidup dalam hatiku, untuk selamanya.

Be the first to comment on "Pegang perut mak keras kembung gila. Adik rasa ada sesuatu luar biasa brlaku."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares