Zamani Slam Dalam Keadaan ‘Susah’. Apa Yang Dialaminya Sukar Untuk Digambarkan Oleh Zamani Sendiri

Penyanyi popular Zamani, 49, sudah mula melakukan rawatan bagi memulihkan penyak1t skoliosis iaitu tulang blakang melngkung yang sudah lama dideritainya.

Zamani mendapatkan rawatan urutan di pusat rawatan di ibu negara dan sudah melakukannya sebanyak lima kali.

Zamani berkata, rawatan itu bagaimanapun terpaksa dihentikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa sekaligus membuat dia terpaksa menahan sakiit.

” Saya meletakkan harapan sekurang-kurangnya rasa selesa dengan rawatan alternatif ini, tapi sekarang saya hanya duduk rumah dan ia buat saya bertambah sakiit.

” Lima sesi yang dibuat itu hanya permulaan kerana sepatutnya rawatan tak terhad sehingga saya rasa okay dan ada perubahan,” katanya.

Sakiitnya sukar digambarkan

Menurutnya, kesan kesakiitan terasa kerana tulangnya sudah mula dipegang dan diurut, namun selepas itu terbiar.

” Sakiitnya sukar digambarkan. Apa yang dirancang dah jadi lain. Saya sekarang hanya makan pil penahan sakiit sahaja.

” Itupun tak boleh banyak sangat bimbang dengan kesan sampingannya. Di rumah pun saya banyak baring dan mendiamkan diri.

” Sekarang PKP digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Harapnya saya dapat berkunjung semula ke sana untuk meneruskan rawatan dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, Zamani yang berkahwin dengan Nur Juliana Abdul Rani, 38, pada 20 September lalu pernah menjalani pemeriksaan di sebuah pusat perubatan swasta namun tidak melakukan rawatan susulan kerana terlalu sibuk.

Dia yang mengerjakan umrah bersama isteri dan keluarganya pada 30 Oktober lalu, pernah memberitahu keadaan tulang belakangnya semakin tervk.

” Saya tak kisah sama ada rawatan moden atau tradisional asalkan penyak1t ini dapat dikurangkan,” katanya.

Dia yang menginginkan zuriat turut berharap penyak1t ini tidak mengganggu karier dan kehidupan berkeluarganya.

Zamani kini tampil dengan lagu hari raya berjudul Syawal Ini terbitan KRU Music. Lagu ciptaan Neo dan penerbit Bajai ini mengisahkan mengenai keinsafan dan kesyukuran seorang insan kerana masih dapat meraikan Syawal walaupun mengharungi pelbagai cabaran.

Rahsiakan dari peminat

Terdahulu, berita tentang keadaan kesihatan pelantun lagu Gerimis Mengundang ini mula mencuri perhatian peminat setia beliau kira-kira 2 tahun lalu.

Zamani bagaimanapun lebih selesa merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan peminatnya kerana tidak mahu mereka susah hati.

Menurut Zamani, beliau sebenarnya sudah lama mend3rita pnyakit itu tetapi melawannya dengan memakan ubat tahan sakiit yang dibekalkan doktor.

Ketika itu, beliau yang sepatutnya disaran untuk menjalani pembedahan bagaimanapun enggan berbuat demikian kerana mengenangkan faktor umur.

” Saya pula lebih senang pendamkan sendiri daripada berkongsi dengan semua orang.

” Sepatutnya saya kena menjalani pembedahan tetapi saya enggan kerana faktor umur akan buat kesannya lebih tervk,” katanya dipetik sebagai berkata.

Be the first to comment on "Zamani Slam Dalam Keadaan ‘Susah’. Apa Yang Dialaminya Sukar Untuk Digambarkan Oleh Zamani Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares