Diam-diam lelaki dia kahwin dgn anak si penerima bntuan. Kak Ana pula dijadikan mcm org gaji sbb xboleh bagi anak.

Hai.. Nama aku Piya, umur 30-an, dah berkahwin dan ada anak seorang. Terima kasih kalau Admin siarkan cerita aku dan aku bagi warning.

Cerita ini memang sangat panjang. Sebab aku ni memang banyak mulut. Haha. Tak syok la pulak kalau cerita sikit sikit.

Alhamdulillah musim PKP ni aku takdelah bosan sangat duduk rumah, sebab memang dari bulan januari aritu aku diwajibkan duduk rumah je sebab baru lepas bersalin anak sulung. Huhu.

So sehingga sekarang la aku memang duduk rumah je, hanya keluar pergi klinik untuk appointment baby.

Oleh sebab ada baby yang banyak ragam untuk diurus, so aku akan rasa kejap je masa berlalu. Haha..oh ye, suami aku kerja hospital.

So baby memang mostly aku yang handle, sebab yelah. Faham faham jelah musim c0vid ni, tak dapat nak cantas kerisauan aku especially suami aku keje kat hospital.

Tapi oleh sebab husband dia beria sangat nak pindah Pahang, Kak Ana terpaksa quit dan ikut suami dia. Husband Kak Ana ni pulak takde kerja tetap, lebih kepada freelance untuk buat wiring kat rumah/ pejabat bila dipanggil.

Kak Ana bila dah pindah Pahang, dia tak dapat nak continue kerja as lecturer sebab kat area tempat tinggal dorang ni agak pedalaman sikit.

So takde universiti atau kolej yang berdekatan. Kalau ada pon, agak jauh dari rumah dorang.

Kak Ana ok je kalau nak travel ulang alik, tapi husband dia tak bagi. Risau katanya. Macam takde kaitan kan dengan tajuk. Haha. Sabar, nanti lama lama korang akan tahu kenapa aku cerita pasal background family kecil Kak Ana.

Join persatuan, diberi ‘keluarga angkat’

Dorang ni takde anak lagi walaupun dah berbelas tahun kahwin tau. So bila Kak Ana duduk rumah sorang sorang, dia cepat bosan.

Rumah kotor, berbau dan bersepah

Pertama kali aku jejak kaki kat rumah ni, seriously aku bukan niat nak menghina ke apa. Tapi.. memang KOTOR, BERBAU, BERSEPAH.

Aku kalau ikutkan hati nak je tutup hidung tapi macam rude la pulak kan. Lagi satu sebab dua-dua tangan aku tengah bawak satu kotak besar yang penuh dengan makanan. So nak tak nak kena la tahan. Aku tengok Kak Ana selamba je tersenyum, masuk rumah lepas bagi salam.

Keluarga ni ada 3 orang. Sorang makcik, sorang anak lelaki umur belasan tahun dan sorang anak perempuan lebih kurang baya aku. Aku tengok makcik ni memang mulut manis, dia kata,

“Maaf, rumah bersepah sikit (sikit?) makcik tak berapa sihat. Sara (anak perempuan dia) tengah sakit perut datang bulan. Itu yang tak mengemas tu…”

Aik. Aku macam pelik. Tadi elok je aku tengok si Sara tu mengadap phone, terguling guling tergelak gelak kat atas toto, kat ruang tamu tu. Nampak kitorang je terus lari masuk bilik.

Tak pandang, tak salam pon. Lama jugak Kak Ana bersembang dengan makcik tu. Aku malas nak amik port, so aku scan la keadaan rumah tu.

Aku tengok ada berlonggok longgok baju kat sana-sini. Tak tahu la bersih ke tak, dah dibasuh ke belum. Aku tengok sama je keadaannya. Dengan lantai penuh dengan rambut, habuk.. ada area yang aku pijak macam berlendir. Erkk..

Aku tanya la,

”Kenapa ya makcik? Kan lagi senang kalau kami beri terus bahan bahan untuk masak ni. Makcik takyah susah payah turun bawah pergi beli.”

(Rumah flat tu selalunya lif rosak ye kawan-kawan. Tapi mujurlah masa kitorang pergi tu, lif ok)

Makcik tu jawab, “Yelah. makcik mana ada peralatan nak memasak. Ala dik, kalau kamu bagi duit je kan senang.”

Ceh, nak duit rupanya makcik ni, kata aku dalam hati sambil jeling dapur dia. Patutlah ada banyak sampah macam plastik tapau, polisterin tu.. Dengan plastik air ikat tepi yang masih bersisa, digantung kat tingkap tingkap.

Euu.. zaman bila punya entah. Aku tengok ada je periuk nasi, kuali semua tu. Bila aku tanye, dia cakap dah lama tak guna lah, dah rosak lah, tong gas takde gas lah. Banyak sangat alasan!

Lepas “trip” tu, aku tak tahu dah apa-apa pasal makcik puaka tu. Taknak tahu pon, buat sakit hati je. Aku lepas tu dapat tawaran bekerja dekat Terengganu.

Memang sangat busy sampai Kak Ana pon aku tak sempat nak jumpa. Just call, bertanya khabar camtu jelah.

Terkejut jumpa Kak Ana dah cengkung, tak ceria

Pastu nak dijadikan cerita, awal tahun lepas (2019), aku jumpa Kak Ana kat satu kenduri kawen sedara kitorang.

Kiranya kali terakhir aku jumpa Kak Ana ialah masa “trip” makcik puaka tu. Dan ini pertemuan selepas bertahun tahun aku tak jumpa dia.

Aku terkejut sangat wehh! Kak Ana sangat cengkung, gloomy. Walaupun orang ramai tengah kecoh kecoh dengan kenduri, dia hanya termenung kosong je. Dah takde senyuman macam selalu. Pastu aku jeling jeling sekeliling, husband dia takde.

Kiranya kalau ada komitmen lain, boleh je inform dorang. Nanti dorang akan pass kat ahli lain. Ha camtula lebih kurang.

Kak Ana asalnya dah taknak terlibat dah dengan family puaka tu. Sebab dorang terlampau banyak cengkadak!

Demand nak bantuan RM1000 sebulan

Nak bantuan, dalam bentuk duit je. Bahan makanan tak nak. Alasannya tak boleh nak masak sebab peralatan rosak.

Pastu Kak Ana kesian, dia bagi rice cooker hadiah kahwin dia dulu. 2 minggu camtu je masak. Lepas tu, dah malas. Hari hari nak tapau makanan je.

Suami mula temankan ke rumah family puaka

Aku rasa masa ni sebenarnya tahap awal depression Kak Ana. Bila Kak Ana dah kerap sakit kepala, kadang kadang Kak Ana akan minta husband dia teman, drivekan dia untuk visit rumah family puaka tu.

Mula mula just temankan Kak Ana, lama lama husband dia visit sendiri, konon tak bagi Kak Ana keluar rumah dengan alasan risaukan kesihatan Kak Ana. Kak Ana innocently rasa lega la sebab ada orang tolong dia tengok tengokkan family angkat dia.

Tapi, lama lama, jadi pelik. Sebab dah kerap sangat husband dia keluar kerja tapi tak balik rumah. Bila call, kata,

“Ni kat rumah/pejabat sekian.. sekian. Banyak lagi kerja.. Mungkin tak balik rumah sebab nak kena siapkan cepat”, yada.. yada. Tapi pelik-pelik pun, Kak Ana tak syak wasangka apa pun kat husband dia weh. Dia percaya je apa husband dia cakap.

Suami balik bersama family puaka

Si isteri setia menunggu, padahal sang suami diam diam pergi kahwin lain kat Siam. Beberapa minggu lepas tu, husband dia memang balik rumah Kak Ana. Tapi bukan balik sorang sorang. Balik bersama sama family puaka. Haha.

Semua orang tak tahu pasal ni. Kak Ana dah takde mak ayah. Tinggal dia dengan Ira je 2 beradik. Ira pun masa tu belajar kat oversea mana entah aku tak ingat, tak jumpa Kak Ana sangat.

Last last rahsia pecah sebab dalam 2 tahun lepas, Ira balik malaysia. Ira beria ia nak jumpa Kak Ana tapi Kak Ana selalu mengelak. Dah tu, Ira pakat dengan boyfriend dia untuk pergi je terus rumah Kak Ana kat Pahang tu.

Sampai sampai je Ira kat rumah tu, dia terus menangis. Terkejut tengok kakak dia yang dah kurus melidi, cengkung, selekeh tengah sapu laman sambil gendong anak kecik. Terus dia peluk Kak Ana yang terkejut dengan kedatangan Ira yang tiba tiba tu.

Kak Ana suruh Ira dan boyfriend dia masuk dalam, dia nak buatkan air. Ira tengok kat dalam rumah tu ada banyak frame gambar cantik cantik. Semuanya gambar husband Kak Ana dengan family puaka. Takde satu pun gamba Kak Ana.

Kak Ana ceritakan hal sebenar

Ira terus desak Kak Ana untuk cerita hal sebenar. Rupa rupanya dalam 3 tahun tu Kak Ana dijadikan orang gaji dalam rumah sendiri.

Masak, kemas rumah, basuh baju, cuci toilet hatta drah period Sara yang bocor kat cadar pon Kak Ana yang sental. Semua Kak Ana buat.

Family puaka hanya goyang kaki sahaja, langsung tak membantu. Siap arah arahkan lagi Kak Ana buat itu ini. Husband dia tahu je pasal ni, tapi dia buat bodoh je.

Paksa Kak Ana ikut pulang

Ira paksa Kak Ana ikut dorang balik time tu jugak. Dah tak sanggup tengok Kak Ana menderita macam tu. Tapi ofkosla mula mula Kak Ana taknak. Takut dilabel isteri menderhaka.

Ira merayu rayu kat Kak Ana suruh ikut juga balik, sampaikan Ira terpaksa buat cerita yang Maksu kitorang konon tengah sakit tenat. Takkan taknak jumpa?

Alhamdulillah taktik itu berjaya. Kak Ana kemas baju budak tu, dan barang barang peribadi dia yang hanya tinggal beberapa je tu, terus ikut Ira dan tinggal dengan Ira sampai sekarang.

Dah lebih setahun jugakla lepas kejadian Kak Ana ikut Ira, tapi Kak Ana macam tu juga kata Ira. Hmm. kesian Kak Ana.

Dengan kisah budak tu “dirampas” oleh family puaka. Memang la bukan anak sendiri, tapi kalau Kak Ana lah yang dok jaga dari baby, mestila sayang kan.

Fuh, aku rasa cukuplah sampai sini aku cerita, kalau nak cerita semua.. sampai esok pun tak habis. Bab kisah berebut budak, berebut harta Kak Ana..

kalau korang nak tahu, aku cerita la kat entri yang lain ya. Yang penting, korang tolong doakan Kak Ana cepat cepat sembuh dan kembali jadi macam dulu. Aamiin…

Be the first to comment on "Diam-diam lelaki dia kahwin dgn anak si penerima bntuan. Kak Ana pula dijadikan mcm org gaji sbb xboleh bagi anak."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares