Mengelak dari abg tiri dan pakcik. Malam tiba, sy kunci pintu dan letak barang berat di pintu bilik. Abah tiri plk kahwin dgn mak utk jd peneman malam

Hai. Assalamualaikum . Izinkan saya lepaskan semua yang terbuku, yang ku simpan berpuluh tahun, yang saya “fake” kan selama ini dibalik wajah yang ceria, sifat yang kelakor dan penampilanku yang menarik. Saya lahir dalam keluarga yang caca marba.

Ayah saya kahwin dengan ibu sebab nak orang jaga anak anak dia lepas isteri yang dicintainya sepenuh jiwa meningal. Saya dan adik beradik yang lain tak tahu macam mana boleh ada, itu persoalan saya dari kecil lagi. Ibu tak pernah dilayan selayaknya seorang isteri. Dikasari bukan secara fizikal, tetapi mental.

Dihina, dicaci, dijerkah setiap hari kesannya lebih hebat dari penderaan fizikal. Ibu yang kulihat dalam gambar gambar lamanya seorang wanita manis, bergaya dengan tubuh kecil molek 200% berbeza sungguh dengan ibu yang kulihat dari kecil hingga sekarang.

Berbaju lusuh tiada segram emas pun di badan, tudung diikat sahaja, berwajah lesu dengan sepasang mata yang sentiasa berair.

Walhal ayahku pegawai kerajaan, dirinya sentiasa kemas berbaju kolar jenama crocodile, d’urban dan sebagainya Didikan ayah pada kami ni lain benar. walhal kami tinggal di bandar, background bukan teruk sangat.

Allah jualah yang menjaga kami selama ini. Kalau keperluan asas pun tak cukup apatah lagi kehendak lain. Baju tak pernah berganti, mengharapkan ihsan orang.

Bila ada orang bagi baju kamilah yang paling gembira memungggah baju seolah mendapat baju baharu. Walhal yang kami dapat selalu baju fesyen lama, dah koyak sikit, luntur warna, besar sangat.

Bila koyak jahitlah sampai saya yang sekolah rendah dah pandai menjahit sebab selalu koyak sampai reput dan rabak kami pakai juga.

Dikala rakan lain berbangga dengan baju cantik ditayang semasa hari terbuka di sekolah. Saya diejek kerana berbaju lusuh, lama dan berbau hapak. Bedak baby pun kami tiada apatah lagi wangian.

Sedihnya ketika itu, saya pujuk diri sendiri. Walhal ayah pegawai kerajaan . Di sekolah saya murid yang selalu dipinggirkan, tiada keyakinan diri kerana sedar keadaan diri yang miskin hina.

Kawan complaint makanan tak sedap saya tak reti nak cerewet bagiku dapat makan dah best sangat. Ayah pegawai kerajaan tak seharusnya saya begitu. Mengenai ayah seorang duda beranak lima sebelum kahwin dengan ibu.

Anak anaknya semua tunggang langgang, kerana kecewa isteri meninggal muda ayah tak move on. Biarkan anak anak dia tak tentu hala membesar tanpa bimbingan.

Semua tak jadi orang, awal punca memang ayah salah tapi dah besar tua bangka masing masing boleh fikir baik buruk kot.

Ibu adalah watak terbalik dalam drama cliche ibu tiri. Ibu akulah mngsa dera anak anak ayah. Habis emas ibu digadai termasuk pusaka keluarga ibu untuk menyekolahkan anak anak tiri.

Tapi dibalas dengan sikap kurang ajar, keluar masuk penjara dan hampir memusnah hidup kami, semua dengan sikap yang sama saja menyusahkan ibu.

Saya yang masih kecil menjadi mngsa pdoflia. Sang pelaku adalah lahanat abang tiri dan 2 orang pakcik aku.

Orang yang sepatutnya melindungi saya mengambil kesempatan atas sikap sambil lewa ayah dan kesibukan ibu uruskan keluarga.

Saya cepat mengerti itu perbuatan terkutuk, lantas saya rangka strategi melindungi diri dan adik perempuanku.

Bila abang tiri pulang atau pakcik datang melawat saya jadi gelisah. Saya ekori adik saya kemana sahaja, saya asingkan mereka, bila tiba malam saya jadi burung hantu.

Saya kunci pintu, letak barang berat depan pintu dan jadi jaga demi adikku saya tak mahu ada lagi yang jadi mngsa. Hingga kini saya benci betul pdoflia.

Orang lain dah separuh buku digunakan, saya baru mampu beli. Selalu jadi mngsa amukan cikgu, dek kerana selalu ponteng, takde buku.

Seingat saya kamus lusuh belacan english-melayu-cina lama milik salah sorang abang tiri (dia tak pernah pakai pun rasanya) yang banyak bantu saya belajar meskipun orang lain pakai kamus oxford fajar edisi terkini. Allah saja tau betapa strugglenya saya ketika itu.

Tapi sebenarnya Allah tengah lorongkan saya ke arah jalan yang bakal mengubah hidup aku. Dalam hal ini, melalui cikgu cikgu yang paling kuat mengamuk kat saya tadi. Sebenarnya disitulah kunci pada kejayaan saya hari ini.

Entah macam mana, saya jadi pelajar cemerlang, 5A UPSR, masuk sekolah kluster antara terbaik di Malaysia.

Sekelip mata pandangan jelek rakan bertukar, yang sombong dari darjah satu tiba tiba mesra. Semua guru kagum saya terpilih ke sekolah berprestij tu.

Ayah tidak akan membelaku. Nasibku hanya saya yang mampu ubah. Saya belajar kuat kuat hingga tak balik rumah, tidur rumah kawan, waktu cuti sekolah saya kerja tapi duit saya bagi ayah sebab kesian adik adik tak cukup makan.

Tapi ayah fitnah saya pada guru aku, dia kata saya liar, selalu lari rumah. Saya teruk dimarahi guru hingga tak tertelan nasi depan mata. Malu pada rakan yang tak tahu cerita sebenar. Sekali lagi saya ‘diselamatkan’ seorang guru.

Nama saya jernih semula. Saya berjaya dalam SPM, dapat tawaran menjadi guru. Ayahku yang berfikiran sempit marah marah sebab katanya cikgu tak masyuk, tak glemer macam mana nak bagi dia duit bila dah kerja.

Saya tak peduli pun masa tu, minat jadi cikgu tak pernah ada pun, yang saya tahu yuran masuk cuma RM300, tiap tiap bulan ada elaun, ok boleh survive.

Saya yang degil ni minta ayah hantarkan ke maktab. Ayah ungkit segala belanja dia untuk aku. Walhal dia keluar duit tak sampai RM500 or maybe lebih sikit sebab saya tak kira duit minyak dan tol.

Segala wang dia keluarkan saya dah bayar melalui wang sagu hati pelajar cemerlang yang diberikan kerajaan negeri, semua saya bagi dia sebab malas dengar dia ungkit.

Sebab saya kan bijak dah expect saya kena survive sendiri sebabtu saya pilih belajar di maktab tapi elaun selalu masuk lambat pulak.

Disini takdir Allah selalu menyebelahiku. Lelaki yang menyelamatkanku masa zaman sekolah pernah cuba saya hindari.

Tapi dah jodoh kot, boleh pulak tempat kerja si dia berhampiran dengan maktab. Sejak itu, kehidupan saya menjadi semakin mudah dengan kehadiran si dia yang sentiasa mengambil berat kebajikanku.

Tiada masalah wang saku, malah dengan elaun ini saya mampu beri wang belanja pada ibu dan menghantar adik saya belajar.

Subhanallah tiada dayaku melainkan dengan izinNya Fast forward lagi memang takde can lelaki lain nak masuk jarum dah saya berkepit je dengan si dia. Habis belajar kami kahwin tanpa restu ayah.

Tapi anak anak dia yang tak guna satu sen ni yang dia sayangkan sangat. Saya tak paham betul. Padahal adik lelaki saya yang sanggup pinjam kereta orang angkut dia pergi hospital, ibu tidur atas lantai hospital menjaga dia, adik adik setia memasak, bergilir jaga ayah di hospital.

Jangan kata terima kasih, dimaki hari hari pula. Anak anak kesayangan dia haprak takde sorang pun yang berguna.

Balik bila perlu sesuatu je. Suatu hari, atas permintaan ibu dan izin suami saya ke hospital menjaga ayah. Saya cuma taknak ada yang mengungkit sebab anak kesayangan ayah dah berbunyik. Hairan aku, lebih lebih pulak dia, sengaja cari pasal.

Padahal wang belanja ibu untuk keperluan keluarga dan memenuhi permintaan ayah yang macam macam selama ni semua duit aku. Saya bukan macam ayah dan anak anak dia suka mengungkit. Dari dulu saya memang suruh ibu rahsiakan wang saya beri.

Tak sedar diri tu dulu masa saya belajar mintak duit ibu dan berani mintak duit aku. Saya pun tak pernah mintak duit ibu saya tau. Sorry saya tak bodoh, hidup kalau tak membantu jangan menyusahkan.

Alhamdulillah maha suci Allah. Ampuni saya yang pernah mempersoalkan aturanMu. Tipulah jika kami tak pernah susah. Awal perkahwinan dulu susah duit tapi hati bahagia berbunga bunga. Hanya senyuman dan kebahagiaan bila bersama dia.

Dia lelaki yang membuatku sentiasa angau, yang saya rindukan dan saya tunggu kepulangannya setiap hari. Setiap patah kata dari bibirnya hanya membuatku senyum dan ketawa. Saya hanya menangis bila terkenangkan betapa sengsaranya hidup ibu bersuamikan ayah.

Hingga saat ini saya dapat segala yang tak pernah saya imagine dapat pun saya dapat. Dulu fikir Secret Recipe mahalnya tapi sekarang banyak kali merasa fine dining di 5 star hotels, dulu rasa bag Sembonia mahal dah tapi sekarang ada collection LV, merasa berjalan selesa padahal dulu saya fikir pakai saga pun best dah.

Berkat pemurah pada isteri dan ibunya (mertua aku) rezeki suami mencurah curah. Kerjaya saya pun stabil tapi segala yang membaluti badanku adalah pemberian suami.

Bagi dia satu kepuasan melihat isteri yang bergaya dengan hasil titik peluhnya Suamiku, anak yang amat baik pada ibunya, ayahnya, isterinya dan keluarganya.

Kehadirannya disenangi siapa saja, malah ibu bapa sahabat dia. Entah berapa ramai parents sahabat dia yang official jadi adopted parents dia.

Saya juga yang puas kena hafal mana satu kena panggil mak, abah, mama, ayah ehhh Memiliki dia adalah kebanggaanku.

Adik saya semua sangat menghormati suami kerana dia pandai ambil hati mereka. Di wajah adik lelakiku terserlah rasa hormat yang tinggi bila berbual dengan suamiku, bila dengan adik adik perempuanku saya dapat lihat betapa gembiranya mereka punya abang yang caring. Bila ada masalah suami akan segera bantu.

Bila lapang suami bawa ibu dan adik adik berjalan, makan sedap sedap dan shopping. Suami akan sentiasa ingatkan saya tentang keperluan ibu dan tak pernah lupa hulur belanja. Ayah masih dengan egonya, bukan tak pernah mencuba pulihkan keadaan.

Pernah masa awal kahwin dulu, pada hari itu tanganku digenggam erat suami menarikku keluar rumah itu meninggalkan ayah kerana tak sanggup dengar isterinya dimaki lagi.

Biarlah dia dengan egonya, saya masih lagi skeptikal. Saya tak boleh terima jika anakku pula dihina. Apatah lagi suamiku, boleh bertukar hijau dia Suami, father figure idaman aku. Dia pengalaman pertamsaya melihat seorang ayah yang sebenar. He is the best dad ever.

Tumpah air mata kegembiraan saya tiap kali melihat keakraban anak anak dengan daddynya. The kids are happier when daddy’s around. Tak kisah betapa penatnya suami, baru sampai rumah after long hours of driving, tak cukup rehat he doesnt care.

Reach home, hugs the kids, roll up the sleeves dan here we go daddy will serve u today. Bila daddy outstation anak anak boleh demam rindu. Unlike me, Imma fierce mommy, kurang sabar, oh well thats me, susah nak ubah.

Suami sentiasa ajar saya control anger pada anak anak. Bila saya naik angin dia pujuk saya “mommy is tired let mommy rest ok” or “u guys tak behave ya, kesian mommy penat tau buat kerja rumah”. Bab parenting saya banyak rely on him sebab dia rational.

Dia takkan marah saya depan anak walaupun saya tengking dorang (panas baran kan) dia akan control the situation wisely, pujuk anak give explaination, belakang baru dia tegur saya elok elok. Apart from being a daddy, he is my daughter’s boyfriend dan my son’s best friend.

Ok, at last! This has come to the end. Apa yang saya cuba sampaikan adalah,

1. Percaya pada aturan Allah. He is the best planner. When u feel its impossible, turn to Him. Dia beri ujian yang mampu kamu hadapi, minta jalannya saja.

2. Tanggungjawab, jangan sikit pun lari. Tak sikit pun Allah lupa, takkan sesekali kamu terlepas.

3. Begitu juga hak isteri, nafkah khususnya. Kedekut dengan isteri? Allah ambil semua tak tinggal sikit pun.

4. Doa adalah senjata orang Islam. Doa ibu adalah mukjizat buat anak, doa yang tak elok takkan diangkat Allah tanpa izinNya.

5. Ambil kisah ini sebagai pengajaran. Pentingnya peranan seorang lelaki dalam mengemudi rumah tangga, ke mana arahnya? Selamat tibakah atau hanyut tenggelam dalam badai.

6. Bahagiakan isteri dan ibu, kunci semua pintu rezeki. Yakin dan percaya pada rezeki Allah ada dimana mana

Ya Allah, kurniakan keluarga ini, keluarga kami keberkatan di dunia dan akhirat. Himpunkanlah kami bersama sama di syurgamu kelak. Hidup dan matikanlah kami dan keturunan kami dalam agamaMu.

Amin ya rabbal alamin…

Be the first to comment on "Mengelak dari abg tiri dan pakcik. Malam tiba, sy kunci pintu dan letak barang berat di pintu bilik. Abah tiri plk kahwin dgn mak utk jd peneman malam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares