Hairan dgn kerja isteri dirumah. Pagi tu, aku nekad balik senyap2, intip isteri. Sejak tu aku berubah

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya nak share 1 kisah terutama dengan abang2, tok laki2 dan suami2 semua.

Kisahnya begini. Saya ni seorang suami yang sedang cuba menjadi yang terbaik untuk isteri saya dan babah yang terbaik untuk 2 orang puteri saya. Saya seorang anggota polis. Masa bersama keluarga memang agak terhad.

Tapi walau macam mana pon saya cuba jugak cari masa untuk bantu isteri saya di rumah. Kalau ada masa saya akan balik ke rumah sekejap dalam 2 jam pada waktu petang dalam pukol 2 petang dan pergi kerja semula. Balik pula dalam pukol 9 ke 10 malam.

Masa saya balik waktu petang, slalunya saya akan tengok kalau2 ada kerja yang boleh dibuat. Tapi ajaibnya, baju dah dijemur, singki dah bersih, baju dalam bakol pon dah dilipat. Makanan juga dah disiapkan.

Saya berasa sangat pelik macam mana isteri saya menyiapkan semua kerja. Sedangkan dia jaga dua anak kami yang msih kecil. Anak kedua berumor setahun, anak pertama 4 tahun. Isteri saya juga mengambil anak asuhan 3 orang, juga masih kecil2.

Satu hari isteri saya tak sihat dan saya mengambil cuti 2 hari serta mengambil alih kerja rumah. Dari pagi sampai petang hanya dapat menyiapkan beberapa kerja. Rumah juga berselerak, anak bermain.

Saya jadii stress dan ada marah sikit pada anak yang sulung. Istri saya yang tengok saya marahkan anak ikot terasa hati.

Disebabkan itu saya telah berfikir yang bukan2 pasal istri saya. Adakah isteri saya memanggil seseorang untuk membantu dia di rumah tanpa pengetahuan saya. Tapi tidak lah sampai meluahkan apa yang saya fikir.

Jadi selepas 2,3 hari dari kjadian tu, dalam diam2 saya balik ke rumah waktu pagi. Dalam pukol 11, saya yakin masa ni mesti banyak lagi kerja yang belum siap. Dan saya juga boleh tengok kalau2 ada sesiapa yang membantu istri saya di rumah.

Oh ya, untuk pengetahuan, saya tinggal di berek polis yang mana bersebelahan je dengan pejabat saya. Jadi saya boleh lari2 sekejap balik rumah kalau ada hal apa2. Sambung semula hal tadi.

Semasa saya balik waktu pagi tu, diam2 saya masuk umah, tengok anak2 elok bermain mainan dalam 1 bilik. Ruang tamu bersih. Teros ke dapor, baju sedang dibasoh dalam mesin. Atas dapor gas, sedang ada 2 masakan yang tengah dimasak, api pon belum tutop. Nasi pulak sedang ditanak.

Cari pula isteri saya, ada di bilik sebelah sedang lipat baju yang semalam diangkat. Dalam tengah lipat baju dia berlari ke dapor mengangkat ayam yang digoreng dan kuah yang dimasak. Masak pulak laok yang lain, sementara nak tunggu masak,bdia jemor baju.

Masa tu baru saya tau macam mana dia boleh siapkan semua kerja bila saya balik rehat waktu petang. Ada sikit rasa bersalah sebab dah pikir yang bukan2 tentang istri saya.

Sejak tu saya mula berubah. Tidak lagi marah2 anak. Cuba jugak buat kerja waktu malam. Saya juga sedar,dasyatnya para isteri ni boleh buat 4,5 kerja dalam 1 masa. Sangat hebat.

Para suami, hargailah isteri masing2. Ingatkan kerja kita cari nafkah dah cukup penat. Saya silap rupanya, jaga anak jaga rumah penat tenaga, kena kuat mental.

Buat isteri, terima kasih kerana sanggup korbankan masa, tenaga untuk keluarga kita. Sanggup jadi suri rumah, dan tak pernah melawan saya. Moga awak jadii istri saya sampai syurga.

Reaksi warganet

Perkongsian lelaki ini menerusi laman KRT mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Tinjaun di ruangan komen, ramai yang bersetuju dan kagum dengan tindakan si suami. Malah ada yang turut berkongsi kisah mereka. Lihat apa kata mereka.

Sharifah Muhaini –Terharu aih baca ni. Semoga kalian berbahagia sampai akhir hayat. Bukan senang nak bagi lelaki perasan tanggungjawab isteri di rumah. Syukur la dia pi siasat no…

Nur Fatimah –Ye, benda ni pun buatkan suami saya pelik macam mana saya boleh setel kan semua benda dalam masa satu hari. Walaupun saya ni bekerja, balik dari office penat,

Tapi bila sampai rumah automatic penat tu hilang, terus urus anak2 dan rumah tangga.. Sampai kadang2 saya pun pelik macam mana wanita boleh jadi sekuat ini.πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻

Must Yant –Perempuan itu diciptakan multi tasking, tapi sebenarnya tak semua benda dia kena buat, cuma sebab perempuan ini ade sifat belas ihsan untuk membantu, sebab itu kaum lelaki kena lebih memahami perempuan, penghargaan tu penting jugak.

Tahniah tuan berjaya memecahkan sifat ego tuan. Semoga bahagia hingga ke jannah. Aamiin.

Mudzlifah Ifah –Macam tu perjalanan hidup saya dulu waktu anak2 kecik2 saya hidup dirantau orang tak de sape yang membantu jauh dari keluarga. Suami keje marin. Sentiasa tiada dirumah.

Tapi alhamdulillah semua settel keje rumah saya. Jadi isteri kena pantas buat keje, nak2 bila kite ade anak kecik. Saya hidup puas merantau tapi alhamdulillah bab urus kan rumahtangga saya tiada masalah walaupun suami selalu tiada dirumah. Suami banyak outstation.

Seawal 5 pagi saya dah bangun untuk siap kan bekal untuk anak kesekolah. Dan pagi pula anta anak ke tadika. Tengahari lari ambil anak kesekolah kebangsaan. Semua kerja saya selesai tanpa bantuan sesiapa.

Shieda Shaiful –Ramai dikalangan suami sedar betapa penat nye isteri drumah. Tapi bila sifat ego dan pemalas mengusai diri suami, keletihan yang isteri lalui suami pura2 tak nampak.

Tak ramai suami seperti encik. Mekaseh encik sedar kepenatan kami para2 isteri ini. Moga dengan coretan ini dapat menyedarkan suami2 diluar sana. Dan Moga encik bahagia hingga kejannah.

Nur Liyana Azman –Itu yang suri rumah. Yang berkerja pula? Balik rumah tak duduk terus buka tudung capai apa yang patut. Belum cerita bangun pagi jam berapa. Sidai bajunya bila, lipatnya bila. Tahu semua beres depan mata 🀭

Jadi hargailah isteri anda. Jangan fikir penatnya anda, fikir juga penatnya isteri anda yang tak terluah hanya mampu ditelan dan dipendam. Hargai bukan setakat terima kasih, kenalah juga layan isteri elok, beri apa yang dia nak. Kalau setakat terima kasih adalah lebih baik dia jaga diri dan anak-anak dia jeΒ πŸ˜‚

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Semoga perkongsian di atas membuka mata ramai. Yang baik itu kita jadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Kongsikan, moga bermanfaat.

Be the first to comment on "Hairan dgn kerja isteri dirumah. Pagi tu, aku nekad balik senyap2, intip isteri. Sejak tu aku berubah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares