“Macam Kat ‘Oversea’ La..”- Tonton ‘Movie’ Dalam Kereta, Ipoh Wujudkan Pawagam ‘Drive-In’

Rakyat Malaysia disarankan untuk mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian mereka bagi memastikan rantaian wabak pandemik COVID-19 terus diputuskan. Bagi menyokong saranan kerajaan, kebanyakan sektor ekonomi turut menjalankan dan mengikuti segala SOP yang telah ditetapkan.

Selain itu, ada juga sesetangah pihak dilihat mengambil kesempatan dengan kewujudan norma baru, dengan memperkenalkan pelbagai jenis perniagaan dan khidmat yang bersesuaian dengan situasi yang dialami oleh negara ketika ini.

Kat Malaysia pun dah buat drive-in cinema!

Kalau sebelum ini drive-in cinema hanya wujud di negara-negara luar, kini Malaysia pula mula berjinak-jinak untuk tubuhkan konsep yang sama. Dilaporkan bahawa negeri Ipoh, Perak bakal membuka drive-in cinema versi mereka sendiri.

Bagi yang masih samar-samar, drive-in cinema ini membolehkan pelanggan menonton wayang didalam kenderaan mereka sahaja dan filem akan ditayang menerusi skrin besar yang telah disediakan.

Macam2 andaian dibuat…

Sudah tentunya, idea ini mendapat pelbagai pandangan dan juga percanggahan daripada orang ramai di ruangan komen. Tetapi, kritikan yang dilemparkan tersebut boleh dijadikan sebagai satu cabaran oleh pihak penganjur untuk memberikan yang terbaik.

“Skrin final bola mamak lagi besar…”

“Rendah sangat…”

Jangan ada yang buat wayang sendiri pulak!

Jangan yang bawa lori, siap parking melintang

 

Sumber: Twitter., Borak daily

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Macam Kat ‘Oversea’ La..”- Tonton ‘Movie’ Dalam Kereta, Ipoh Wujudkan Pawagam ‘Drive-In’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares