Perlu Ada Lesen FINAS Dan Kena Bayar RM50 Ribu Untuk Video Creator, Sekali Syed Saddiq TroII Menteri

Hari ini media sosial heboh dengan pelbagai ‘troll’ susulan pengumuman kerajaan bahawa semua bentuk penggambaran memerlukan lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, termasuk untuk rakaman media sosial peribadi.

Bukan sahaja mendapat reaksi dari penggiat filem dan video creator terkenal, malah golongan warganet yang tidak terlibat secara langsung dengan isu terbabit turut mempersoalkannya.

Ramai pengguna media sosial hari ini menyuarakan kebimbangan, dan pada masa sama menyindir, pengumuman Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah.

Ada yang membangkitkan persoalan kesan undang-undang itu terhadap orang awam dan media sosial, manakala yang lain memuat naik video kucing dan bertanya jika menteri juga melanggar undang-undang kerana memuat naik video di akaun media sosial mereka.

Semalam Saifuddin memuat naik video dirinya menghadiri satu program belia di Twitter, dan hari ini sejumlah warganet bertanya sama ada beliau mempunyai lesen Finas untuk berbuat demikian.

” Nak tengok lesen yang diluluskan untuk video ini diterbit kalau tak kami lapor ramai-ramai,” seloroh seorang pengguna Twitter ketika membalas ciapan Saifuddin.

” Menteri ada lesenkah untuk sebarkan video ini?” soal seorang lagi.

Adun Ketari Young Syefura Othman adalah salah seorang yang memuat naik video kucing di Twitter, dan bertanya sama ada dia memerlukan lesen atau tidak.

Satu lagi video kucing dimuat naik pengguna Twitter Amirul Ruslan, yang mengiringinya dengan kata-kata, ” Cuma nak beritahu saya tiada lesen Finas untuk terbitkan video ini. Tolong jangan laporkan pada pihak berkuasa.”

Syed Saddiq ‘troll’

Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula mengongsikan semula videonya mempromosikan tempat-tempat menarik di kawasan Parlimennya, dan juga bertanya sama ada dia perlu membayar RM50,000 untuk mendapatkan lesen Finas atau tidak.

” Kasi can-lah. Majoriti netizen tak mampu nak bayar RM50,000 untuk muat naik video di media sosial,” katanya.

Sementara itu dalam posting berasing, Syed Saddiq turut merayu kepada kerajaan agar mengkaji semula pengumuman tersebut.

Menurut Syed Saddiq tindakan tersebut boleh menyebabkan golongan muda yang baru berjinak-jinak sebagai Youtuber, Influencer dan sebagainya akan terjejas.

” Saya merayu dan mendesak, kaji semula! Anak muda, content creators tak mampu nak bayar Rm50,000 untuk Lesen Finas. Jangan bunuh creativity anak muda. jangan jejaskan pendapatan ratusan ribu anak muda!” tulis Syed Saddiq

 

View this post on Instagram

 

Semua kena apply lesen? You’ve gotta be kitten me 😾

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

Be the first to comment on "Perlu Ada Lesen FINAS Dan Kena Bayar RM50 Ribu Untuk Video Creator, Sekali Syed Saddiq TroII Menteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares