Azmin Kata PH Gagal Masa 22 Bulan Jadi Kerajaan. SekaIi Mat Sabu BaIas ‘Dia Dulu Menteri, Dialah Punca’

Susulan ucapan Azmin Ali yang meminta pengundi menolak PH di atas kegagalan ketika menjadi kerajaan, Mat sabu mula bersuara.

Parti Amanah Negara (Amanah) menyelar dakwaan Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal selepas menjadi kerajaan Persekutuan selama 22 bulan.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, dakwaan itu tidak lebih hanya mengakui kelemahan sendiri malah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu sebenarnya punca kegagalan kerajaan PH.

” Azmin datang ke Slim dia maki kerajaan PH kerana gagal, dialah sebabnya, dia jadi menteri 22 bulan.

” Malu hadirin sekalian, kita datang m4ki bapa kita, malu ke tidak, dia 22 bulan jadi menteri dia datang m4ki kerajaan dulu,” katanya.

Beliau turut menyeru pengundi menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim sebagai medan mengembalikan hak demokrasi negara selepas tindakan PN merampas kerajaan daripada PH.

” Malaysia ini pelik, yang menang jadi pembangkang yang kalah jadi kerajaan, jadi PRK Slim ini kita perlu kembalikan hak demokrasi, kita bermula di sini,” katanya.

Mohamad berkata demikian ketika Ceramah Perdana PH membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bagi calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi malam tadi.

Terdahulu, Azmin yang baru menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam kempennya dilaporkan meminta pengundi Slim menyokong Perikatan Nasional (PN) dengan menganggap kerajaan PH sebagai gagal.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, itu mendakwa ramai rakyat negara ini akan mati dijangkiti koronavirus (Covid-19) sekiranya PH masih memerintah kerana Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan ketika itu enggan mengeluarkan peruntukan.

Jangan sokong PH, kata Azmin

” Jangan sokong PH (Pakatan Harapan), tetapi sokong PN (Perikatan Nasional),” kata bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

” Ketika zaman PH, minta wang tiada…semua tiada, tetapi kita tengok hari ini dalam pentadbiran kerajaan PN masalah itu tidak timbul demi untuk membantu semua rakyat di negara ini.

” Kita memberi peruntukkan bukan disebabkan pilihan raya, Menteri Besar bukan kerja setakat jam 8 pagi hingga 6 petang sahaja, tetapi Menteri Besar Perak bekerja selama 24 jam untuk rakyat,” katanya.

Azmin yang juga Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) berkata, kerajaan PN yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mendaftar PN dan beliau mengucapkan terima kasih kepada MIC yang menyokong pembentukan PN itu.

Beliau berkata, tindakan itu adalah satu agenda besar negara bukan sekadar untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan Bumiputera sahaja, tetapi mahu membela seluruh rakyat.

Be the first to comment on "Azmin Kata PH Gagal Masa 22 Bulan Jadi Kerajaan. SekaIi Mat Sabu BaIas ‘Dia Dulu Menteri, Dialah Punca’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares