Dengar Jer Berita Ali Puteh Dan Hidayah Berbalas Saman, Achey Mula Bersuara

Terkini, pelawak dan penyanyi, Achey mengakui sedih apabila konflik antara pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya yang juga isteri Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali kembali hangat.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah ketika ditemui berkata, dia dan rakan seperjuangannya, Fad Bocey sudah menyarankan kepada kedua-dua belah pihak supaya membincangkan konflik itu secara tertutup.

” Sedih apabila perkara ini berlaku. Saya dan Fad ada menghubungi kedua-dua belah pihak dan menyarankan agar perbincangan diadakan secara musyawarah.

” Kita ada hukum Islam yang boleh diikuti dan dengan itu, semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

” Namun, nampaknya saranan kami tidak diterima,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Achey yang juga anggota kumpulan Bocey, dia tidak mahu kemelut yang berlaku ini memberi kesan kepada anak arwah, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun dua bulan.

” Bukan apa. Kalau kemelut ini berterusan saya takut ia memberi kesan kepada Hamzah apabila dia sudah dewasa nanti.

” Tapi, saya dan Fad pun ada batasan kerana kami tak boleh terlalu masuk campur memandangkan kami bukanlah ahli keluarga,” katanya.

Konflik timbul apabila Ali memfailkan saman balas terhadap Hidayah yang mengaku dia memindahkan wang dari akaun bank Abam sebanyak RM10,000 selain mengambil empat jam tangan milik arwah.

Achey ditemui di majlis sidang media filem TV (FTV) lakonannya berjudul Frontliner.

Ali dan Hidayah berbalas saman

Terdahulu Ali Puteh mengakui mengeluarkan saman terhadap kakak iparnya Siti Norhidayah Mohd Ali dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Menurut Ali, dia mengambil keputusan menyaman bekas kakak iparnya itu sebagai tindakan balas Hidayah yang mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.

” Pihak mereka mengeluarkan saman terhadap kami dahulu. Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula mengambil tindakan terhadap Hidayah.

” Itupun selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa faktor seperti kesan emosi kami sekeluarga sebaik sahaja video Hidayah bersama jutawan kosmetik Aliff Syukri menjadi tular.

” Banyak yang kami tanggung akibat video tersebut. Ibulah yang paling terkesan apabila kami ditohm4h dan menjadi bahan hin4an masyarakat,” katanya.

Menjawab dakwaan plaintif, Hidayah selaku defendan kedua mengaku membawa duit tabung berisi wang kertas didakwa hasil tabungan bersama Allayarham suami dan empat utas jam tangan keluar dari rumah.

Selain itu Hidayah turut mengakui mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik Allahyarham dan memasukkan kesemuanya ke dalam akaun anak Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey kerana bimbang direbut plaintif.

” Kami sekeluarga hanya mahu membersihkan maruah kami yang selama ini dipijak-pijak.

” Sebelum ini dia (kakak ipar) kata dihalau dari rumah sehelai sepinggang tetapi hari ini dia kata tidak bertanggung jawab dengan semua kenyataan dikeluarkan menerusi video Aliff Syukri.

” Semoga kebenaran akan terjawab selepas ini. Mungkin inilah yang Allah SWT nak tunjukkan selepas kami sekeluarga bersabar sekian lama. Saya bersyukur.

” Apapun saya maafkan semua yang telah mengeluarkan kata-kata kes4t terhadap kami sekeluarga,” katanya.

Be the first to comment on "Dengar Jer Berita Ali Puteh Dan Hidayah Berbalas Saman, Achey Mula Bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares