Dtg nk makan tapi tk ada staf layan, sekeluarga terkejut tgk belakang restoran sampai sendiri rasa malu

DALAM kesibukan dan kepenatan mencari rezeki, pasti ada kalanya ‘tergelincir’ juga kewajipan untuk menunaikan rukun Islam yang kedua iaitu solat.

Apatah lagi bagi mereka yang berniaga, sudah tentu ada masanya terlalu sibuk untuk melayan pelanggan yang berkunjung ke kedai.

Namun apa yang dialami dan disaksikan sendiri oleh keluarga ini membuktikan bahawa kesibukan bekerja bukanlah alasan untuk mengerjakan rukun yang satu itu.

Menerusi satu posting di Facebook, Mohdhazimin Harun berkongsi peristiwa yang benar-benar membuatkan dirinya dan keluarga terkesan.

Menurut lelaki ini, segala-galanya bermula apabila dia dan keluarga berkunjung ke sebuah restoran yang terletak di Bandar Tun Hussien Onn, Cheras untuk menikmati makan malam, baru-baru ini.

“Kami sekeluarga datang ke sini selepas Maghrib. Cuma kami hairan. Tiada staf di kaunter mahu pun di ruang dapur. Hanya pelanggan sedia ada sedang menikmati hidangan masing-masing.

“Ada pelanggan yang baru datang pun terpinga-pinga, tapi sabar menanti. Kedai makan ini memang buat konsep layan diri, tapi macam mana nak buat pesanan?” ceritanya.

Ketika meninjau-ninjau di dalam kedai untuk mencari kelibat staf restoran berkenaan, lelaki ini dan keluarga kemudian terlihat sesuatu yang sungguh tak disangka di ruangan belakang restoran.

“Kami meninjau di ruang belakang kedai makan lalu terlihat sekumpulan pekerja kedai ini sedang solat berjemaah.

“Semua pekerja solat tanpa ada seorang pun yang ada di bahagian depan. Bacaan pekerja yang menjadi imam pun lunak dan sedap didengar,” katanya.

Lelaki ini berkata, tika melihat ‘pemandangan indah’ tersebut, serta merta perasaan segan dan malu menerjah dalam diri.

“Ya, malu sebab kami yang belajar sesuatu dalam agama belum tentu betul-betul mengamalkan apa yang kita tahu. Tahu sahaja tak cukup. Faham sahaja tak cukup. Penghayatan dan amalan itu yang utama.

“Soal rezeki, kebaikan dan fadilat itu kita banyak manis di mulut, tapi praktisnya, kita kadang-kadang ada keraguan dan berkira-kira dengan Tuhan. Sedangkan janji Allah itu mutlak pasti dan mesti.

“Kunci rezeki bukan terletak kepada kesungguhan dan kerja keras, tetapi keyakinan dan ketaatan kepada pemberi rezeki,” ceritanya.

Bukan sahaja disajikan dengan ‘pemandangan indah’ yang jrang-jarang sekali dapat dilihat, malah menurut Mohdhazimin, makanan yang dihidangkan juga enak selain harga yang berpatutan.

“Terima kasih kepada pemilik kedai makan ini. Pengajaran yang baik buat kami dan para pelanggan yang lain. Semoga pemilik perniagaan ini beroleh limpahan rezeki dan kebaikan dalam urusan perniagaannya,” akhirinya.

Sehingga kini posting Mohdhazimin meraih sehingga 293 perkongsian, malah netizen turut sama menyuarakan rasa kagum terhadap amalan yang ditanam dalam diri staf restoran berkenaan.

“Mohon share location, amat teruja nak ke sana hari minggu ni. Allahuakbar,” komen seorang netizen.

“Terbaik. Moga Allah meluaskan rezeki kalian,” komen seorang netizen lain.

KEJAR AKHIRAT, MAKA DUNIA AKAN MENGIKUTI

Ketika seorang Muslim mengejar pahala demi kebahagiaan di akhirat, maka akan ditambah nikmat dunianya oleh Allah SWT. Sebagaimana firman Allah berikut ini.

“Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki di dunia kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagia pun di dunia.” (QS. Asy-Syura: 20)

Firman Allah SWT tersebut menegaskan bahwa kehidupan akhirat lebih penting dan lebih banyak manfaatnya bagi seorang Muslim jika ingin mengejarnya. Semua orang sudah mengetahui bahwa hidup di dunia hanya sebentar dan hidup yang abadi itu di akhirat kelak. Rasulullah saw pernah bersabda, “Umur umatku hanya sekitar 60 sampai 70 tahun”.

sumber:mstar

Be the first to comment on "Dtg nk makan tapi tk ada staf layan, sekeluarga terkejut tgk belakang restoran sampai sendiri rasa malu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares