Ramai terkesan pandemik COVID-19, Sekali Rohani Cakap Penjawat awam tidak patut terima BPN

SHAH ALAM – Penjawat awam tidak sepatutnya menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kerana ia sepatutnya hanya diterima golongan yang benar-benar terjejas akibat penularan pandemik korona-virus (Covid-19).

Pengasas juga Perunding Utama Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Rohani Mohd Shahir berkata, golongan terkesan adalah yang dipotong gaji dan diberhentikan kerja.

“Amat z4lim kalau kita berikan kepada semua orang kerana adil itu tidak melangkaui batas, adil itu memberi kepada orang yang memang memerlukan.

“Jadi biarlah kita salurkan bantuan itu kepada mereka yang memerlukan,” katanya pada program Sinar Live bertajuk ‘Dari T20 Kepada M20’ hari ini.

Program yang dihoskan Haslina AR Kamaludin turut menampilkan seorang lagi tetamu jemputan yang juga bekas juruterbang, Khairul Anwar Ajid.

Menurutnya, golongan yang tidak terjejas tidak seharusnya menerima bantuan tunai daripada kerajaan.

“Saya tidak setuju bantuan-bantuan (kerajaan) kerajaan diberikan secara rambang macam itu. Seharusnya kerajaan perhalusi kumpulan mana yang perlukan bantuan.

“Saya memang tidak setuju sebenarnya kakitangan kerajaan pun dapat BPN,” katanya.

Rohani menegaskan pendiriannya yang tidak bersetuju BPN diberikan kepada kakitangan kerajaan pada program Sinar Live bertajuk Dari T20 Kepada M20′ hari ini.

Katanya, kerajaan diminta meneliti perkara itu semula supaya tumpuan dapat diberikan untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan sahaja.

“Saya doakan pihak berkuasa dan ahli politik fikirkanlah perkara ini. Letakkan anda dan keluarga anda dalam situasi mereka (kumpulan yang terjejas) dan anda akan berikan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, pada program tersebut, Khairul Anwar berkongsi mengenai Covid-19 mengubah gaya hidupnya dari udara ke darat iaitu dari juruterbang menjadi penghantar makanan.

Menurutnya, akibat hilang pekerjaan wang simpanannya hanya bertahan selama enam bulan.

“Justeru saya berterima kasih kepada kerajaan dari segi pelaksanaan moratorium dan memberi bantuan kerana setakat ini dapat menenangkan fikirkan kami serta dapat tidur dengan tenang.

“Tapi saya fikir ada lagi bantuan yang boleh disalurkan kerajaan contoh dalam Belanjawan 2021. Mungkin boleh mengambil kami yang kehilangan pekerjaan tetapi mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu untuk masuk ke industri yang lain,” katanya.

Berikut pula reaksi dari orang ramai

“Betul, penjawat awam ialah Penyelenggara Negara. Tetapi tidak semua mereka hidup senang. Lain orang, lain latar belakang sosioekonominya walaupun bekerja dengan Kerajaan. Kalau Kerajaan kata layak terima, ambil sahaja. Kecuali kalau memang ndak mahu atau rasa lebih dari cukup, boleh pulangkan dengan sukarela kepada LHDN.

“Kenapa perlu sebut penjawat awam.? Ko cakap je la semua yg tak terjejas tak payah terima BPN.. Mungkin ramai je yg akan setuju.. Tp bila tuju ke penjawat awam mmg silap la.. Jangan nanti ko datang buat saringan Covid diaorg korek hidung sampai ke medulla oblongata pulak.

“Kena tengok pangkat dan gred gaji penjawat awam itu, kalau gaji x melebihi 3k sebulan seharusnya diberi pertimbangan juga

“Bukan semua kakitangan awam bergred 41 ke atas..wlpn mereka kakitangan awam pernah tak dibuat pemgiraan berapa ramai yang dalam kategori miskin bandar..yg terpaksa melakukan lebih daripada satu pekerjaan untuk menampung keperluan isirumah

“Aku pekerja swasta gak…takder la na memekak hal krajaan bagi apa kat krajaan punya pekerja….
Alah dulu mak ayah korang suh kejer krajaan apa ko cakap? ” Gaji krajaan ciput…..” Swasta tu la yg ko banggakan sgt….bila jadi camni lagi nak pertikai apa krajaan punya pekerja dpt ker?… Cehhhh…

Permohonan baharu BPN 2.0 dibuka hingga 15 November. Byaran akan dibuat secara sekaligus

Kuala Lumpur: Permohonan baharu bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 masih dibuka sehingga 15 November ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi permohonan yang diluluskan, bayaran akan dibuat secara sekaligus pada bulan Januari 2021.

“Secara keseluruhannya, BPN 2.0 dijangka meringankan beban 7.5 juta penerima bujang dan isi rumah B40, serta 3.1 juta penerima M40, menjadikan keseluruhannya 10.6 juta penerima yang boleh memanfaatkan bantuan ini.

“InsyaAllah, penyaluran bayaran akan selesai menjelang hujung bulan ini,” katanya dalam pembentangan Laporan Laksana ke-27 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) di laman Facebooknya, hari ini.

Menurutnya, bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, mereka boleh membuat pengeluaran tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Oktober 2020.

“Terdapat juga lebih kurang 6,000 penerima yang didapati gagal kredit membabitkan RM2.71 juta dan mereka boleh membuat pengeluaran BPN2.0 mulai minggu kedua November 2020.

“Memandangkan terdapat beberapa negeri yang sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak BSN akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa bagi menjaga kesihatan dan keselamatan penerima,” katanya.

Minggu lalu, kerajaan telah memulakan proses penyaluran bantuan lebih awal daripada dijadualkan.

Bayaran BPN 2.0 fasa pertama pada mulanya dijangka bermula pada 26 Oktober, namun telah mula disalurkan sejak 19 Oktober lalu.

Katanya, ia adalah hasil usaha pegawai-pegawai Kementerian Kewangan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan institusi kewangan yang memastikan sistem pembayaran tersedia dengan segera.

Setakat 26 Oktober, sejumlah RM3.6 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 7.32 juta penerima.

Ini merangkumi 6.27 juta penerima daripada kategori B40 dan 1.05 juta penerima daripada kategori M40.

Be the first to comment on "Ramai terkesan pandemik COVID-19, Sekali Rohani Cakap Penjawat awam tidak patut terima BPN"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*