Anggota polis maut kejar pnjenayah, Ini di jumpai dalam kereta suspek

Johor Bahru: Perodua Myvi yang digunakan dua su-spek dalam kmalangan ma-ut membabitkan anggota polis di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar, Tebrau, awal pagi tadi, ditemui.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kereta berwarna ungu itu ditinggalkan di tepi jalan Kampung Pandan, kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kmalangan.

Katanya, semakan awal mendapati ia disewa atas penyewa lain.

Jumpa alat proses d4dah

“Unit F0rensik sudah membuat pemeriksaan dan analisa terhadap kenderaan itu. Memang terdapat peralatan berkaitan d4dah. Kita syaki sus-pek terbabit sama ada dalam penyalahgunaan d4dah ataupun pengedar d4dah, sebab itu mereka melarikan diri.

“Sama ada kereta ini mempunyai s4man atau tidak, kita sedang semak kerana ada kesukaran. Kereta ini adalah kereta yang disewa dan penyewa menyewakannya kepada orang lain,” katanya pada majlis penghormatan terakhir kepada mendiang Konstabel Nicholester Dadup Unggat di Balai Polis Bandar Dato’Onn, di sini, hari ini.

Majlis penghormatan itu turut disaksikan kakak mendiang, Elizcavelynicy Unchi Unggat, 23, bersama kira-kira 30 saudara-mara.

Ayob Khan berkata, beliau percaya dua suspek itu dapat dikesan dalam masa terdekat.

“Kita percaya suspek masih berada di Johor,” katanya.

Kmalangan itu menyebabkan Nicholester Dadup meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala pemandu MPV, Lans Koperal Mohd Khairul Musa, 32, cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI.

Jnazah mendiang akan diterbangkan ke Sibu menggunakan pesawat khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 1 tengah hari esok.

Mendiang adik janji mahu belikan rumah untuk ibu’

Johor Bahru: “Adik berjanji belikan rumah lebih besar untuk ibu selepas dia dinaikkan gaji, tetapi semuanya tidak sempat adik lakukan,” kata Elizcavelynicy Unchi Unggat, kakak kepada Konstabel Nicholester Dadup Unggat, 20, yang m4ut ketika mengejar enjenayah pagi tadi.

Nicholester Dadup maut selepas kereta peronda MPV polis terbabit kmalangan semasa mengjar pnjenayah di Jalan Kangkar Tebrau Kampung Kangkar Tebrau, kira-kira jam 5 pagi tadi.

Elizcavelynicy, 23, yang juga jururawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Ismail (HSI) berkata, mendiang baru melaporkan diri pada April lalu di Balai Polis Bandar Dato’ Onn, di sini, selepas tamat latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching, Sarawak.

“Dia memang adik dan anak yang sangat baik. Adik beritahu dia baru naik gaji dan berjanji dengan ibu di Kuching mahu membelikan rumah yang lebih besar kerana kami mempunyai keluarga besar di sana.

“Kami jumpa kali terakhir minggu lalu di rumah sewa adik di Bandar Dato’ Onn. Adik sangat gembira kerana kami sememangnya rapat,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Peru-batan F0rensik HSI, di sini, hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay turut melawat keluarga mngsa di Jabatan Perubatan F0rensik HSI.

Elizcavelynicy berkata, dia menerima panggilan dari Balai Polis Bandar Dato’ Onn pada jam 8.30 pagi tadi yang memaklumkan kmalangan itu.

“Saya ingatkan adik kmalangan biasa saja tetapi tidak sangka dia men-inggal dunia,” katanya.

Menurutnya, mendiang adiknya yang juga anak ketiga dari lima beradik itu akan disemadikan di kampung halaman di Sibu, Sarawak.

sumber:hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*