“Kalau Boleh Semua Nak Kongsi” Tapi 6 RAHSIA Ini Anda Kena Belajar Kunci Rapat Dalam Hati

Manusia, kalau hatinya sudah percaya, semua perkara nak dicerita. Nak nak kalau dengan pasangan atau kawan-kawan yang sekepala. Cuma yang membimbangkan, bagaimana jika satu saat nanti keadaan berubah? Inilah iktibar dari kr0nologi kes j3nayah melibatkan seorang remaja perempuan yang dikatakan menjadi mngsa rakan baik sendiri.

Kejadian yang menimpa arwah Siti Nur Surya di Terengganu antara yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Baru semalam, pendakwah dan dermawan terkenal, Ustaz Ebit Lew turut dilihat menziarahi keluarga mngsa sambil memberikan kata-kata semangat kepada ahli keluarga mangsa. Kes jenayah yang masih dalam siasatan itu dipercayai didalangi rakan baiknya sendiri.

Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah.

Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah. Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang s4kit k4nser. Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3.

Sanggup k-rban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan mak nya sentiasa. Maknya kenal saya. Katanya selalu tengok saya walau dalam keadaan tak sihat.

Beratnya ujian mereka. Tadi berkongsi kisah Nabi Yaakob AS kehilangan Nabi Yusuf AS. Kisah ujian Nabi SAW yang kita cintai. Dapat berdoa bersama semua ahli keluarga. Saya beri sedikit sumbangan. Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga – Ebit Lew

Sindiran buat svspek tekad bvnuh Siti Nur Surya

Tidak berp-uas hati disebabkan kata meng4ta dan sind1r meny1ndir sebelum ini dipercayai menjadi pu-nca su-spek nekad membu-nuh rakan sekolahnya dalam kejadian di Kampung Lubok Batu, Telemong di sini.

Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, suspek membuat pendedahan m0tif kej4dian itu semasa tampil ke Balai Polis Telemong di sini bagi membantu si-asatan pada peringkat awal dengan ditemani ibunya, kira-kira jam 7.30 pagi semalam.

Keluarga kena eje-k kerana m1skin

Beliau berkata, suspek memaklumkan kononnya mngsa sering menge-jek tentang kehidupan keluarganya yang mi-skin kerana ibunya hanya seorang tukang cuci dan bapanya pula bekerja kampung berbanding kehidupan keluarganya yang agak senang.

Tak Cantik

“Suspek juga ada mendakwa kononnya mngsa suka mengejek dengan mengatakan yang dia tidak cantik berbanding dirinya dan disebabkan itulah suspek masih tidak mempunyai teman lelaki seperti dia sehingga suspek sering mem-endam rasa,” katanya ketika ditemui di pejabatnya.

RAHSIA KITA

Kita tak pernah tahu apa yang terpendam dalam hati seseorang. Di depan baik, di belakang mungkin sebaliknya. Siapa tahu rahsia yang dikongsi ini boleh menjadi asbab yang menyusahkan kita kelak. Maka belajarlah mengunci kemas-kemas 6 rahsia ini demi keselamatan diri kita di kemudian hari.

(1) Masalah Keluarga

Rahsiakan segala hal yang terjadi dalam keluarga kita. Sedekad apa pun hubungan anda dengan orang lain, peganglah kuat-kuat rahsia ibu bapa dan adik-beradik sendiri khasnya perkara sulit seperti kesenangan atau kesusahan mereka.

(2) Pendapatan

Rahsiakan gaji bulanan, untung rugi perniagaan atau segala ganjaran bonus yang diterima kerana itu privasi anda. Masyarakat hari ini suka bermegah dengan pendapatan yang besar, sehingga kita lupa ada manusia-manusia yang cuba mengambil kesempatan dari ruang yang terbuka.

(3) Rahsia Orang Lain

Anda cukup bertuah jika menjadi orang kepercayaan seseorang, jadi jagalah rahsia mereka seperti rahsia anda sendiri. Cukup hanya dengar dan hadamkan, selebihnya jika tak berkaitan pendam saja atau lupakan rahsia itu.

(4) Impian Masa Depan

Kita selalu menganggap apa salahnya berbahagi impian dan cita-cita dengan orang lain. Boleh, tapi rahsiakan strategi atau cara yang dirancang itu untuk mencapainya. Lagipun menyimpan sesuatu tujuan untuk diri sendiri sebenarnya mempunyai kekuatan batin yang kuat untuk mendorong anda mencapainya.

(5) Sejarah Silam

Setiap orang mempunyai sejarah silam yang berbeza. Jangan diceritakan kisah itu walaupun hanya sekadar untuk diambil iktibarnya. Membicarakan masa lalu atau hubungan lampau kita pada orang lain tidak akan mengubah apa-apa. Siapa tahu anda pula yang menjadi kebencian mereka!

(6) Kata laluan

Apa sahaja kata laluan baik e-mel atau akaun media sosial serta kod pin bank harus disimpan rapi untuk diri sendiri. Jaga privasi ini agar tidak berlaku transaksi misteri di ATM. Rahsiakan hal ini di luar jangkauan siapa pun.

Nah, inilah 6 rahsia yang harus disemat kemas sepanjang hidup kita sebagai perlindungan keselamatan. Elakkan berbicara tentangnya dengan sesiapa pun, agar fikiran kita tenang dan keselamatan lebih terjamin!

Al-Fatihah untuk arwah Siti Nur Surya dan sama-sama kita doakan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

kredit: https://www.nona.my/, SINAR HARIAN, Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*