“kenalan online” Setiap kali nk duit dia akan lmpang aku kalau xde” cukuplah aku je rasa.

Salam sejahtera, nukilan sedikit panjang dan sebenarnya aku taktau macam mana nak mula. Cukuplah aku kenalkan diri aku sebagai Anne.

Kisah aku bermula setelah aku kenal seorang lelaki bernama “Z”. Kitorang kenal online. Actually aku seorang yang sangat tak percaya siapa2 je yang aku kenal online. Sehinggalah aku kenal Z.

Kitorang kenal dalam sebulan dan almost everyday dia ajak jumpa. Nak kenal lebih dalam kononnya. Aku tak terus setuju. Aku bedolak dalih jugak pada mulanya.

No telefon aku pun lepas sebulan lebih kenal baru aku bagi. Dia selalu seolah olah kecil hati setiap kali dia ajak jumpa dan aku taknak.

Makanya, aku pun akhirnya setuju sebab bagi aku “takpe kot, kalau dia tak ok, takyah lah kawan dah”.

Masa tu, aku tak tau kenapa aku macam ikut je cakap dia. Asal dia mintak duit je, aku bagi.

Dah check in, dia mintak ringan-ringan dan aku tak bagi. Dia dah start tarik muka. Dah malam, aku tak tau nak tido camne. Aku pikir jugak, aku boleh je lari cakap nak turun beli air ke ape.

Tapi, aku taktau kenapa aku tak buat apa apa. Aku ikut je apa dia suruh. Disebabkan penat sangat jalan seharian, aku tertidur.

Masa aku tengah tido, aku macam rasa dia cuba nak apa apakan aku. Aku tepis tepis sampai dia marah. Aku selimut badan aku seketatnye.

Alhamdulillah malam tu tak jadi apa. Next day, sebelum balik, kitorang lunch dan macam biasa aku bayar. Lepas lunch, dia hantar aku balik rumah.

Sejak dari hari tu, aku rasa sangat terikat dengan dia. Pergi kerja, dia hantar. Waktu aku kerja, dia akan melepak kat mamak sebelah office aku tunggu aku sampai aku habis kerja.

Balik kerja, dia jemput. Duit tak payah cakap lah. Setiap sen yang keluar adalah duit aku. Sampai aku terpaksa pinjam sana sini.

Kawan2 office aku dah start pelik. Aku jadi pendiam. Kat office, aku selalu mengantuk. Kadang tertido. Kawan2 ajak lunch, aku taknak. Aku takde duit.

Duit aku, jimat nak makan malam kang dengan dia. Setiap kali dia nak duit dan aku takda, dia akan lempang muka aku. Aku pernah kena ludah dengan dia.

“sundal” “slut” “pelacur” tu lah yang dia akan panggil aku bila apa je dia nak, aku takleh bagi atau aku taknak.

Aku rasa masa depan aku dah gelap. I have nothing left. I’ve lost my dignity! Apa aku nak cakap kat family aku? Macam mana aku nak kawen nanti? Aku pikir macam2.

Dia lempang aku lagi. Suruh aku diam. Muka dia macam bangga gila sebab dapat my virginity. Ya Allah!

Sejak dari hari tu, aku rasa sangat depress. Dan macam biasa, pergi balik kerja dengan dia. Aku jadi makin pendiam. Officemate aku semua pelik.

Aku jarang cakap. Cakap pun nak marah je. Fyi, i just got promoted. So officemate aku ingat aku berubah lepas promoted. Salah sikit je, aku terus tengking officemate aku.

Aku taktau nak cerita kat sapa. Aku terlalu takut. Dia kawal ketat life aku. Aku pinjam sana sini sampai officemat aku perasan aku dah banyak sangat berubah.

Sampai 1 hari tu, aku dah tak tahan sangat. Aku tipu dia. Aku cakap aku kena balik kampung. Urgent. Bapak aku sakit. Tu pun dia bekeras nak hantar. Aku tak bagi.

Aku pujuk dia cakap lembut lembut elok elok “tunggu ayah dah sihat sikit, saya bawak awak jumpa ayah saya k”.

Alhamdulillah dia terima alasan aku. Dia belikan aku tiket bas dan hantar aku sampai bus station. Dia tunggu sampai bas jalan. Nak taknak, aku kena naik jugak bas tu.

Dalam perjalanan, aku bagitau driver, aku nak turun kat rnr. Aku cakap kat driver tu “ayah saya tunggu situ”. Driver tu pun “ha ok ok”.

Aku bukan taknak balik kampung. Tapi aku pikir macam2. Mak bapak aku taktau. Abang aku je yang tau. Dah sampai rnr, aku call abang aku. Abang aku amik aku kat rnr.

Dan dalam report tu jugak polis tu macam salahkan aku dah dia mentioned seolah olah aku relakan semua perbuatan dia pada aku. Kami bergaduh sebagai pasangan kekasih. Aku rasa nak carut je polis tu!

Hari berlalu, mamat tu datang office aku, lepak mamak sebelah office aku kalau2 aku muncul. Datang umah sewa aku. Repeat. Setiap hari.

Aku pulak macam pelarian. Kejap duduk rumah abang aku. Kejap duduk umah makcik aku. Balik kampung la sekejap dalam 2 3 hari. Sebab parents aku still taktau lagi.

Abang aku buat background check pasal mamat tu. Stalk semua socmed dia. Abang aku pm semua ex ex ex dia. Dan ternyata, semua mangsa dia treat sama macam dia treat aku.

Dan ada sorang perempuan ni diorang siap menikah kat golok. Dekat setahun gak dengan mamat tu dan lepas perempuan tu dah tinggal sehelai sepinggang sampai tahap tak boleh nak pow, sampai tahap perempuan tu begolok begadai. Mamat tu blah camtu je.

Sebenarnya, few days lepas aku berjaya lepaskan diri dari dia. Abang aku bawak aku jumpa ustaz. Sebab abang aku tengok, even aku dah lari dari dia pun.

Aku masih takut2. I can still sense him around me. Aku still rasa dia ada. Tunggu aku macam biasa. Rasa terikat sangat.

Ustaz tu cakap dia ada masukkan “benda” dalam makanan aku. Bagi aku tunduk patuh taat pada dia.

Mamat tu jugak ada pakai guna2 melalui asap rokok dia. Kalau terhidu memang macam orang kena pukau.

Aku hilang segala-galanya dalam sekelip mata je. Kerjaya aku. I just got promoted! My savings. My life. My family trust. I lost everything. I dont have anything else! Laki mana nak perempuan macam aku?

Pada girls pulak, be extra extra extra careful. Please. Cukuplah aku je rasa. Kalau tak kuat, memang boleh bunuh diri.

Akhir kata dari aku, tolong doakan aku kuat k. Dan fyi, mamat tu masih bekeliaran diluar sana. Tak tau bila nak insaf. Dan aku, tak tau macam mana aku nak maafkan dia.

Girls, tolong jaga diri korang baik2. Jangan mudah jumpa stranger. Selidik dulu latar belakang dengan siapa korang berkawan tu. Sebaiknya, istikharah dulu. Please.

Be the first to comment on "“kenalan online” Setiap kali nk duit dia akan lmpang aku kalau xde” cukuplah aku je rasa."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*