Dapat suami baik dan aku tak pernah salah guna kebaikanya. Tp kehidupan kami sepi tanpa pergaulan dari suami apatah lagi bergurau senda

Assalamualaikum. Sepertimana tajuk, seperti itulah isi cerita aku.

Sebelum aku jelaskan lebih lanjut, nama aku Inas. Aku dah kahwin dan aku bekerja. Walaupun tajuk aku macam tu, tapi jauh sudut hati aku, menentang keras.

Siapa nak rumah tangga yang di bina, hancur tengah jalan. Bukan sebab orang ketiga mahupun kesepuluh.

Aku ceritakan dulu kebaikan pasangan aku sebelum aku cerita lanjut.

Setiap pagi, rutin dia buang sampah dan bukakan tingkap sebelum pergi kerja. Kalau aku pesan barang dapur, aku dapat sebiji apa yang aku tulis.

Tapi aku tak pernah salah guna kebaikan yang ini. Aku sentiasa cuba bahagi hari dengan adil.

Buat masa ni, tu sahaja yang aku mampu fikir. Kebaikan aku, biarlah aku simpan sendiri. Aku senaraikan pula apa kaitan dengan tajuk aku.

Kat rumah, aku dengan dia tak bercakap. Kalau aku bercakap, aku bercakap sorang. Balasan yang aku dapat hanya anggukan, gelengan atau dengusan sahaja.

Apa sahaja yang aku ceritakan atau tanyakan kadang-kadang tak dapat respon. Dia tak pernah tanya apa yang aku buat kat tempat kerja,

apa yang jadi kat tempat kerja, barang apa yang ada, atau apa apa soalan. Kat rumah ni, hanya bunyi tv, air atau kipas sahaja.

Aku pegang, dia tepis tangan. Aku dekat, dia jarakkan diri dengan aku. Aku tak ada masalah berbau atau apa sahaja sebab aku menjaga. Semuanya kerana tiada perasaan dengan aku. Hanya layanan atas kemanusiaan.

Nafkah zahir aku dah tanyakan beberapa kali. Sama ada nafkah aku termasuk dalam beli barang basah atau tidak. Jawapan tak.

Nanti adalah duit nafkah. Beberapa kali aku tanya, jawapannya tetap sama. Tapi, beberapa bulan pada awal perkahwinan saja lepas tu, hilang.

Selama aku hadap ni, aku dah banyak kali buat luahan hati pada dia. Aku tanyakan banyak kali pada dia.

Setiap kali aku bertanya, aku buat luahan, aku tanyakan pendapat, akan berakhir dengan tangisan. Tak mendapat respon yang positif.

Akhirnya aku nekad. Aku bagi kata dua dengan dia. Sama ada nak berpisah atau teruskan sebab aku dah tak mampu nak bertahan. Untuk apa aku bertahan, kalau aku seorang saja yang berusaha untuk selamatkan perkahwinan.

Kalau nak teruskan, kita kena berubah. Kalau nak berpisah, kita buat secara elok. Aku cuba sediakan mental dan fizikal aku sebaik mungkin. Aku kena berpijak pada bumi yang nyata.

Bila aku bagi kata dua, sampai sekarang aku masih menghitung hari sebab dia diam seribu bahasa.

Bila nak ke pejabat agama agaknya. Setiap hari aku fikir, aku tak pasti aku mampu ke tidak galas gelaran yang baru.

Aku tak pasti boleh ke aku lupakan dia. Aku tak pasti aku kuat ke harungi hari hari aku. Betul ke keputusan aku. Sebab yang hilang perasaan cinta dan kasih bukan aku tapi dia.

Sekiranya rasa perlu kecam aku, kecamlah. Tapi aku perlukan pandangan dan nasihat yang bernas.

Pada anda semua, kurangkanlah ego. Adakala kita kena korbankan sesuatu untuk kita gembira. Allah bagi hujan dulu baru bagi pelangi. Aku redha dan pasrah.o

Be the first to comment on "Dapat suami baik dan aku tak pernah salah guna kebaikanya. Tp kehidupan kami sepi tanpa pergaulan dari suami apatah lagi bergurau senda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*