Kerjaan benar keluar Akaun 1, sekali Pakar Keewangan suruh cari alternatif lain

KUALA LUMPUR – Pakar pengurusan kewangan, Datuk Chua Tia Guan menasihatkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya hanya mengeluarkan caruman daripada akaun satu sekiranya keadaan betul-betul mencemaskan.

Beliau berkata, pengeluaran caruman KWSP itu harus dilihat sebagai satu pilihan dan bukannya mesti menggunakan caruman itu.

“Langkah yang diambil kerajaan akan membantu mereka yang betul-betul memerlukan bantuan.

“Ia adalah untuk membantu mereka yang betul-betul kebuntuan termasuk menghadapi masalah dari segi makan minum,” katanya kepada China Press.

Beliau bagaimanapun berpendapat, memandangkan KWSP merupakan simpanan untuk masa depan, pencarum harus mempertimbangkan pilihan lain sebelum mengeluarkan caruman daripada akaun satu.

“Pilihan yang perlu didahulukan adalah memohon moratorium bayaran pinjaman, mengeluarkan caruman daripada akaun dua KWSP serta menggunakan Sistem Insurans Pekerjaan,” katanya.

Jelasnya, sekiranya semua pilihan alternatif telah digunakan dan wang masih tidak mencukupi, barulah pencarum harus mengeluarkan simpanan daripada akaun satu.

“Menggunakan simpanan KWSP pasti akan menjejaskan kehidupan masa depan, apatah lagi 42 peratus ahli KWSP hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM5,000 dalam akaun satu,” katanya.

Tia Guan juga memberi peringatan bahawa pencarum yang mengeluarkan caruman untuk tujuan pelaburan akan berdepan risiko kerugian.

Beliau juga bimbang dengan tahap pengurusan kewangan kebanyakan rakyat yang mungkin membazirkan wang yang dikeluarkan daripada KWSP.

“Berdasarkan pemerhatian, jika duit itu dilaburkan ke dalam pasaran saham, hanya segelintir orang yang akan untung.

“Bagi kebanyakan orang, mereka mengalami kerugian dalam saham tanpa menyedari apa yang telah berlaku,” katanya.

Tia Guan justeru berpendapat pengeluaran caruman untuk tujuan pelaburan boleh menjadi satu mal4petaka buat mereka tidak mengerti dunia pelaburan

Berikut pula reaksi dari orang ramai

Dalam perkembangan yang sama, Najib menyeru pihak pengurusan KWSP agar melonggarkan syarat permohonan

“Banyak syarat sangat.

” Terlebih sasar sehingga ramai tercicir.

“Mohon permudahkan menjadi siapa yang ada baki dalam akaun KWSP dibenarkan untuk keluarkan duit sehingga RM10k dengan bayaran pertama secara lump-sum sekurang-kurangnya RM4k.

” Jangan berkira sangat dengan ahli sendiri. Nanti i-Sinar menjadi i-Kecewa untuk ramai.

” NOTA: Page rasmi KWSP dah padam posting tadi.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*