Guru Hairan Murid Suka Merayap Dan Pergi Tandas Lama. Terbongkar Bila Nenek Murid Cerita Kisah Sebenar

Perkongsian ini diambil dari Facebook seorang guru, Pe Chey yang berkongsi kisah berhadapan dengan seorang murid yang nakal dan sukar dikawal.

Ini nenek anak murid aku.

Semalam dia datang mengadu. Cucunya takut aku denda. Aku senyum. Kes begini biasa.Cucunya tak reti duduk. Suka berjalan, usik kawan, susah nak buat, siapkan kerja. Semua cikgu mengadu.

Aku pun ceritakanlah kisah.

” Kak, cucu akak, tak boleh duduk diam. Dia suka merayap, pergi tandas lama, suka kacau kawan, saya susah nak kawal.”

Neneknya ni barulah cerita.

Mak ayah budak ni, dah berpisah. Ayahnya tak sihat. Maknya pula tak tau ke mana. Maka, neneknya inilah yang menjaga. Dia seorang saja bekerja.

Suami dah tak sihat. Kerja sebagai seorang cleaner. Berapa sangatlah gajinyakan?

Aku terdiam. Kes begini biasa dah berlaku.

” Esok, kalau kakak free, kakak datang, saya bagi barang sikit. Kalau kakak boleh datanglah.”

Dia datang tadi, hanya naik motor usang. Dia siap guna voicemail. Aku paham pahamkan je apa dia cakap, sebab dia ngaku, dia pun tak pandai baca sangat.

” Ini, ada orang bagi duit kak, saya tukang bagi saja. Harap dapat tolong akak sikit.”

” Terima kasi, terima kasi cikgu banyak banyak. Itu tuhan Allah kasi jaga sama cikgu baik baik.”

Pandai jugak akak ni. Aku senyum.

” Warna kulit, fahaman agama tak membezakan naluri kemanusiaan saya yang tinggi kak.”

Aku bermetafora sendirian sambil saksikan akak menjinjing beg dengan wajah girang. Sebuah beg, penuh barang dapur buat mengalas perut perut yang kelaparan.

Ada beras, ada minyak masak, ada susu pekat, ada bihun, ada sardin, ada biskut, ada serbuk teh, ada gula, ada tepung, ada maggi dan ada sikit jajan untuk budak budak.

Kisah murid pakai seluar bertampal

Sementara itu dalam satu perkongsian berasingan, Pe Chey turut berkongsi tentang kisah seorang murid yang yang memakai seluar bertampal ke sekolah.

Elok aku sampai tadi, terjumpa dengan seorang budak tengah nak naik tangga. Aku perhatikan seluar sekolahnya. Aku tahan dia.

” Abang, kamu takde seluar lain ke, kenapa pakai seluar bertampal?”
” Seluar lain cuci bah cigu. Sia pakai duluk ni seluar. ”

Hmmm. Kalau kau yang baca ni, tengok anak pakai seluar gini, apalah perasaan kau?

Aku sebak. Tak kiralah kenapa ibu atau ayahnya pakaikan juga, pada aku, budak ni berhak pakai seluar yang lebih selesa.
Tak perlu aku hujahkan kenapa dan mengapa.

Sudahlah bertampal, seluarnya juga senteng dan pinggangnya yang mencerut tanda sempit.

” Nanti cikgu belikan kamu seluar baru bang. Jangan dah pakai seluar ni. Macam nak putus dah butangnya ni. Kamu dah tinggi. Singkat dah seluar kamu pakai ni.”

” Betulkah cigu? Terima kasih, terima kasih.”

Anak Sabah yang pekat telo Sabahnya ni berubah wajah. Ketara wajah girangnya itu tak dibuat buat. Bukan juga dia budak kelas depan.

Budak sederhana di kelas hujung. Murid Tahun 3 yang ikutkan, dia pun sebenarnya ada hati nak pakai seluar yang lebih kemas dan segak.
Nanti aku akan pergi belikan. Inshallah.

Dana yang ada, masih berbaki. Dana ini hasil sumbangan kalian yang baca kisah ini. Bukan juga duit aku. Aku hanyalah pengantara.

Nak dapat pahala tu sebenarnya bukannya susah, tapi lebih mudah nak dapat dosa.

Umpatlah, caci atau kejilah apa yang orang lain buat. Ibaratnya, serba tak kena di mata kau.

Kita pilih yang baik sahaja ye kawan kawan.

Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
564221646925
Maybank.

Sumber AsiaKini

Be the first to comment on "Guru Hairan Murid Suka Merayap Dan Pergi Tandas Lama. Terbongkar Bila Nenek Murid Cerita Kisah Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*