Suami ini merungut bila tengok isteri orang pakai cantik tapi bini sendiri selekeh kat rumah. Rupanya sebulan laki dua cuma bagi banyak ni untuk buat belanja

Gambar sekadar hiasan. 

Salam min. Macam mane nak buat kalau bini serabai x pandai bergaya. Isteri aku ni min.. tak macam isteri kawan2 aku. Isteri kawan aku dok umah pun pakai baju lawa. Make up segala bagai. Isteri aku pula pakai kain batik je kat rumah..

kadang2 x pakai bra. Kalau pakai pun bra koyak rabak. Reput2 semua. Aku bukan tak bagi dia belanja. Ada gak dalam rm.200 sebulan. Anak kami baru dua org je. Kalau aku bg rm 200 tak tak tak cukup nak belanja. Anak aku minum susu sorang je.

Yg kecil tu. Belanja dapur rm 50 ok lah. So kalau ada baki rm 100 ke. Beli lah keperluan dia. Ni cakap tak cukup duit. Dah dia tak pandai berjimat. Kalau beli telur sekotak. 5 hari dah habis. Macam mana nak jimat? Badan puk gmuk. Sebab asyik mkan je.. buntu lah.. Ramai juga yang tidak berpuas hati dan terkesan dengan luahan ini. Apa reaksi warga net.

Amysha Amani : ngokla… Ko bg 200 utk skli ng brg dpur.. Ko igt rm50 tu lauk utk sbulan ke.. Jgn jdi bodoh tahap gaban wei…ape kata ko bg dia rm200 tu utk kperluan dia shaja mmg dia akn melawa la sebb 200 mmg utk dia, bersohor lahoooo bg rm200 utk bini tp skli ng brg dpur,.. Ko igt brg dpur tu ckp ke rm200 skli ng susu anak lagi, aishh xlih nk pk sungguh aku ni… Ada gak jate jnis gini,nk suh bini comel tp kedekut,..

Emma Damya : Wehhh ho 200 sbln Susu dgn pampes pom xlepas bodo eah  Pade lah kalu bini mum serabai pom nk beli pendo rendo2 baju dlm come2 pom xleh . . Bini ore come mugo tklaki Dio xdekut po mum  200 tu pade Suh dia beli bare2 Dio jh kalu nk Suh terurus gak  So lg Suh bini mum kijo lah dok pun jual on9 mesti come jetakk  Anak2 mum ata ngasuh belako , buleh tehe nk melawa bini mum tu. . No bini come tuan dekut hapasss

Siti Nurhafita : Bang..200 tu blh beli ape je bang..kau komplen nak bini lawa cun mcm bini org lain, apa kata kau tanya kawan2 tu berapa dorang bg duit belanja utk bini beli keperluan sendiri.. kalau setakat sembang asyik nak salahkan p4sangan tak boleh jugak.. kau kalau buncit ke boroi ke bini pon takde nk komplen bang.. tau pulak kau bini kawan2 dok rumah mekap melawa bagai.. entah2 muka sendiri pon macam piring astro ada hati nak ngadu dekat sini.. #donekecm

Muhammad Hassan :begini bang. saya tolong jawabkan. 1) RM200 tu abang bagi 100% pada isteri buat satu acc bagi dia simpan. Keperluan lain abang belikan. Telor,sayur,bawang,ikan,ayam,beras. itu abang buat list setiap hari atau minggu tengok apa yang kurang kat dapur.

2). Isteri abang pakai bra burvkkan? ok baik. abang tengok saiz bra dan seluar dalam dia. abang pergi mana-mana mall abang belikan. Beli yang paling selesa dan mahal. Lagi bagus abang beli yang boleh buat abang tertarik.

3) Isteri abang gemok kan? baik. bagi masa kat dia 1 jam setiap hari untuk pergi gym atau bersenam. dalam tempoh 1 jam itu abang jaga anak-anak dan tolong kemaskan rumah sekali ya.

4) Abang nak kena faham. Duit rm200 itu bukan nafkah bagi kepada isteri untuk dia beli keperluan dapur. Tapi rm200 itu adalah hak dia. Keperluan dapur, keperluan mandi dan segala apa yang diperlukan dalam rumah itu adalah tanggungjawab suami. Bukan isteri kena beli semua tu bang.

5) abang kena ingat. ‘Bra yang burvk’ itulah yang susukan anak,jaga anak abang siang malam. Dan abang kena ingat. jika abang terlantar tak boleh bangun nanti ‘bra yang burvk” itulah akan cebok basuh najis abang.

dah sekarang pergi minta maaf kat isteri dan keluarkan semua duit dalam bank bagi kat isteri untuk dia shopping dan beli emas.Tambahan. Bawa isteri ke spa bang. wangi nanti.

Atikah : bra paling selesa murah pun rm20 sehelai, spender elok RM20 sehelai. Elok ye bukan hat pakai rini esok longgar dah.Takkan nak pakai selai je RM40x 7 hari = RM280 ( maximum kegunaan 6 bulan je, lepastu kena tukar nanti tak hygiene ) .

Set muka cokia2 RM150( tahan 3 bulan )Baju tidur paling murah mencolok mata kat shopee RM20 sehelai tak masuk pos, so RM20x 30 hari = RM600. Kang pakai baju tidur sama kau jemu pulak. ( tahan 1-2 tahun la )

Minyak wangi dexandra RM50+ dedorant good virtues RM6+ Shampoo RM20+ Serum rambut RM50 = RM126 ( tahan 3-6 bulan )Losyen badan RM10 tahan 6 bulan. Total sebulan paling sikit RM280+RM150+RM600+RM126+RM10= kira sendiri utk investment pertama kali. Nak bini tu lawa tgk poket kau sama. Takat RM100 dia rela beli baju susu anak drpd diri dia tau. Sbb mcm xbaloi nak beli utk dri sendiri.

Nur Hidayah : Mai sini ak nk kira bagi kt tt yg bongok ni..Susu ank sebulan RM27 x 4 pek dh bpe..Beras 10kg dah bpe..Teloq 30 biji 1papan RM11-12. Belum masuk ikan ayam,kicap,sos, rempah, bihun mee segalanya lagi.. Ak skali beli brg dpor pun mau RM200, 2minggu skali..

Ank 2org, yg sulung 13taun, yg kecik setaun berpampers susu lagi..Hg ingat 200 hg bagi besaq sgt ka mangkaq.. Saheh hg ni jenis reti buat ank ja.. Pastu acah2 ank raja nk smua bini buat.. Hg ikut bini p beli brg dpo, hg p la beli bra kt dia sehelai 2, bedak pixy satu, gincu satu, celak satu.. Tuala wanita jgn xbeli plak..Kedekut nk mamposs ada hati nk demand bini cam model

Saleha : Brader kalau nak post kesini mohon pikir banyak kali brader.Tak pepasal dah buka pekung ko yang tak sedar diri nak bini lelawa tapi kedekut taik idung masin. Rm200 ko bagi sebulan tapi ko kekwat nak bini ko ala nora danish segak manis menjolok mata depan mata ko.

Belanja rm50 sebulan ko kata cukup barang dapur sardin tin besar tu je dah RM10 satu tau. Malas aku nak usulkan tulis pepanjang aku takut bahasa aku jadi kasar nanti. Tercarut nanti. Aku mohon ko cecepatla insap, tau apa tu maksud tanggungjawab. Bini untuk dihargai. Dilindungi. Bukan ko jaja dia tulis sini. Maruah ko tu.Ingat ada orang nak setuju kata ko tu. Gemok dia sebab KAU. KAU kedekut

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Apam pink media

Sumber : transformasi.pw via MediaViral

Bini Selalu Beli Ayam Potong 18 Sbb Nk Berjimat. Tau Tau Suami Bila Balik Kerja Je Dia Bawak Takoyaki Dgn Pisang Goreng. Bini Terkedu Dgn Perbuatan Suami. Bila Bini Tanya Ini Yang Suami Jawab.

Salam min. Hide profile saya . Saya sekarang mengaandung 5 bulan. terpaksa berhenti kerja sbb mabuk teruk. Urusan rumah semua saya buat. Hari hari kalau ada bahan dekat dapur memang saya masak. Sekarang duduk rumah sewa tapi ayah saya yang tlagi bayar. Bill2 lain pun ayah saya yang tolong bayar. Suami tak berapa nak ada duit . Ayah saya bantu sungguh2. Tapi takkan sampai duit makan pun ayah saya nak kene bagi… contoh suami saya dapat duit 200.

Seratus dia bagi saya. Katanya suruh saya simpan. Seratus buat belanje berdua . Saya tapi sehari dia bole habis kan beli jajan roti dlm 20 30 ringgit. N apa yang dibeli tu takkan smpai sehari pun bertahan. Banyak kali saya cakap 20 30 ringgit tu bole beli barang dapur, baru ingat nak beli serai halia ayam sikit sebab barang dapur dah habis. Tapi dia habiskan dekat bende macam tu. Belum lagi flavor pod. Seminggu dua rm30. Saya menangis bercakap dengan dia semalam. Saya mengaandung 5 bulan seluar mengaandung pun tak beli sebab tak ada duit. Pakai seluar lama letak getah sayur yang penting boleh pakai.

Saya teringin nak makan roti gardinia dengan kaya pun saya tak beli sbn fikir rm5 boleh beli barang lagi penting dari roti. Saya mengidam nak makan aiskrim BR pun saya tak ajak dia pergi makan sebab kalau makan duit tu boleh buat beli ayam masak seminggu.

Dah la barang baby pun saya yang beli. Untuk simpanan saya bersalin dan barang anak pun satu sen dia tak sediakan lagi. Saya masak lauk pun ayam 5 ketul setiap kali masak. 2 ketul bagi dia bawa bekal. Pagi saya makan separuh dari seketul, tenghari saya makan balance yang saya makan pagi tadi. Bila dia balik petang makan lauk yang berbaki 2 ketul lagi ayam makan berdua. Setiap kali beli ayam potong 18 sebab nak jimat tahu2 bila dia balik dia bawa balik takoyaki rm10 Goreng pisang dengan keropok lekor Katanya dia teringin.

Habis kat situ je rm15. Setiap kali dia nak pg kerja saya check wallet dia ada ke duit nanti nak isi minyak lagi semua. Dengan duit yang ayah saya bagi n dia bagi tu saya letak rm15 hari hari dalam wallet dia..banyak kali saya suruh jimat tp itu juga dia buat.

Saya kat rumah tak cukup makan utk saya dan anak dalam perut. Fikir kalau saya makan lebih malam takkan dpt makan. Dengan nak simpan duit utk beli brg baby n duit bersalin lagi. setiap kali dia cuti dia bagi saya rehat tak payah masak. Tapi saya kene makan pagi on time. Tengahari on time. kalau saya beli roti dah 2 3 ringgit. Jadi saya tak beli roti. Saya harap dia tlagi bangun belikan nasi lemak, tapi tak. Pagi ni saya kejut dia, dia maarah.

Dia tanya apanya. Saya diam dia sambung tidur. Saya makan nasi lebihan smlm dengan ayam peha dah tinggal tulang2. Isinya sikit sangat. saya panas kan. Saya makan jam 9. Puukul 12 saya lapar sangat sampai rasa nak muntah , saya kejut dia, dia maarah, dia nak rehat. Saya tidur balik tahan lapar sbb dah smpai nak muntah.

Dia bangun puukul 2 dia tak kejut saya. Dia makan roti jajan yang dia beli makan tadi bagi habis semua. Saya bangun saya ckp puukul 2 masih tak makan tenghari , saya tak boleh hidup macam ni. Lepas tu saya dimaarahnya balik. Dia kata saya dah makan nasi kan, nak makan apa lagi. Saya terus capai tudung klua dari rumah cari makan sorang2 dengan perut lapar sangat dengan nak muntah. sedih sangat sangat.

dengan barang dapur habis. Kalau tak saya dah masak. Serai tak ada ayam tak ada. Halia habis. Kicap pun dah habis. Telur pun tak ada. Sedih sangat knp saya hidup macam ni. Dah la duit yang dia bagi pun balik saya akan topap duit minyak dia pg kerja . Banyak kali bercakap pun macam ni juga…

Sumber : kisah rumah tangga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*