Hiburan Tempatan Viral

Awal & Keluarga Penuhi Undangan Krismas Jadi Perdebatan Netizen, Sekali PU Syed Suruh Padam Gambar

Gara-gara memuat naik foto memenuhi undangan sambutan Hari Krismas seorang teman, ruangan komen Instagram Awal Ashaari menjadi tempat perdebatan netizen.Perbezaan pendapat di kalangan pengikut tercetus apabila ada yang menganggap tindakan Awal meraikan perayaan disambut oleh penganut agama lain sebagai tidak patut.

Kumpulan tersebut mempersoalkan keperluan Awal menyambut Krismas dan berpendapat ia bertentangan dengan akidah.

Namun ada juga mempertahankan Awal sebagai menghormati undangan teman demi menjaga silaturahim sesama insan.

Foto tersebut mendapat hampir 72 ribu tanda suka dengan 1,652 komen pengikut (ketika artikel ini ditulis).Selain bergambar di hadapan pokok krismas bersama isteri Scha Alyahya dan anak, Lara Alana, Awal turut berkongsi foto kenang-kenangan bersama teman-temannya di ruangan Insta Story.

Dalam pada itu, Gempak sempat meninjau laman sesawang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai isu yang menjadi perdebatan di laman sosial pelakon dan pengacara popular tersebut.

Menerusi artikel dimuat naik JAKIM pada 3 September 2010, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12

Apr2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam.

Muzakarah telah memutuskan bahawa dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Untuk informasi lanjut klik di sini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“Public Figure Malaya, Sila P4dam Gambar Kalian Memakai Topi Santa” – PU Syed

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri menegur segelintir masyarakat terutama golongan selebriti mengenai hukum memakai pakaian Santa.

Tegasnya menerusi Instagram, hukum berbuat demikian adalah haram dan boleh mendatangkan fitnah kepada diri, keluarga dan agama.

“Tidak ada keperluan memakai topi Santa Claus atau apa saja perhiasan berkaitan Hari Krismas termasuk meletak pokok Krismas kerana ia seakan-akan menunjukkan pengiktirafan terhadap perayaan tersebut,” tulisnya.

Dalam masa sama, PU Syed turut menyebut nama pelakon Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sebelum ini memuat naik gambar di IG masing-masing dengan memakai topi Santa.

Di penghujung hantarannya, PU Syed meminta mereka memadam gambar yang memakai topi Santa.

untuk publik figure malaya

@awalashaari @schaalyahya
@syedsaddiq

Dan semua umat Islam yg faham bahasa Melayu!
Hukum memakai pakaian santa adalah H4RAM

Inilah yg para Ulama telah hukumkan

Maka jangan datangkan fitnah kpd diri, keluarga dan agama dgn membuat sesuatu yg bidaah dholalah itu

Semoga dpt dipadam gambar² kalian dgn memakain topi santa itu

PU Syed

Ustaz Azhar Idrus – Boleh tak Ucap Merry Christmas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *