
Hi, assaalamualaikum. Aku harap confesion aku kali ini dapat dipertimbangkan untuk disiarkan dan aku berharap sangat warga confession diluar sana dapat memberi sedikit pendapat anda yang aku rasa wajar untuk aku pertimbangkan.
2, 3 hari lepas emak aku tiba-tiba hantar whatapps pada aku berbunyi, “Tak datang tak pe, aku tak kisah!! kau anggaplah aku dah mati, kau kan dah ada mak mertua kau, jawablahh kenapa diam??!! ”
Aku betul2 terkejut dan terkedu dengan mesej tu, mak aku hantar dengan secara tiba-tiba padahal baru je seminggu lepas dia hadir pada jemputan raya dirumahku bersama abang aku.
Aku langsung tidak membalas walau sepatah pun mesej tu. Aku betul-betul tersentak dengan kata-kata mak aku.
Sengaja aku tidak membalas kerana sebagai tanda aku menghormati dia selaku ibu yang melahirkan aku.
Tidak pernah berkira walau sedikit pon wang saku aku walau diketika aku susah sekalipun tetap wang aku diberi pada mereka.
Cuma bulan syawal hari tu aku tak berapa ada bajet sangat untuk diberi pada mak aku. Jadi aku beritahu beliau yang aku betul-betul kesempitan.
Emak aku memang dimulut akan bercakap tidak kisah tapi bila sesekali aku susah dia tetap akan berkata perihal buruk aku.
Masa tulah dia bercakap dengan aku yang anak-anak yang lain tak pernah missed bagi duit kat mak.
Dan masa itulah dia tiba-tiba bercerita tentang adik aku yang baru lepas belikan dia pelbagai keperluan rumah dengan harga RM ribuan ringgit.
“aku tak ada anak” padahal dua2 nie lah yang selalu dipuji melangit bagai. Tapi bila bab mintak tolong?? fikirlah sendiri.
Aku tak kisah kalau nak mintak tolong apa-apa sekali pun tapi jangan sampai melabel aku macam tu. Bukankah doa namanya dari seorang ibu.
Aku betul-betul terkilan dengan kata-kata mak aku, anak-anak yang lain cukup betul dia jaga perasaan mereka siap jaga hati pasangan mereka sekali (menantu) maklum lah mereka ada anak-anak a.k.a cucu pada mak aku.
So nanti dorang kecik hati dah susah tak dapat main dengan cucu lagi dah. Begitu lah kata-kata mak aku yang konon nak jaga hati dorang tu.
Sekarang ni aku betul-betul nampak ketara sangat layanan mak pada aku, totally 360 berubah semenjak kakak aku dah beli kereta baru,
Tanggungjawab aku pada suami. Takkan aku nak kena beritahu tiap kali aku tak datang jenguk dorang. Sedangkan ayah/suami aku pun tak pernah kisah, nak datang, datang jela, tak datang tak mengapa.
Anak -anak yang lain bila tak dapat datang pun tak ada pun dorang nak beritahu kat mak aku buat senyap je pun.
Siap mak aku tak kata apa-apa pun siap cakap, “biarlah dorang tu dah berlaki & ada anak-anak” tapi bila turn aku, Mak aku pulak yang berlebihan siap hamun aku bagai.
Dan aku dapat rasa dia buat aku dan layan aku macam ni sebabkan mungkin aku tak ada anak lagi. Adik-beradik yang lain tak ada pulak dia layan macam ni.
Tang aku sikit-sikit ada je salah kat mata dia. Entahhlahhh sesungguhnya allah itu maha mengetahui. Aku anggap ini semua ujian aku. Semoga ada hikmah disebalik semua ini.
Allahhuakbar kuatnya ujianmu buatku kali ini.. Semoga disetiap ujian ini kau campakkan hikmah yang lebih baik buataku dan semua pasangan yang senasib dengan aku.
Sekian coretan aku…
– Norza (Bukan nama sebenar)
Leave a Reply