Hin4 Agong: Tunku Azizah murka, mahu pemilik Instagram dikenakan tindakan

SHAH ALAM – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah murka terhadap beberapa hantaran gambar di media sosial yang menghin4 wajah suami baginda, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda menerusi laman Instagram ‘airtangan_tunkuaziah’ memuat naik tiga tangkapan layar gambar Al-Sultan Abdullah yang telah disunting pemilik akaun ‘bukan_bangjago’ dan menggesa individu yang tidak bertanggungjawab itu dikenakan tindakan.
Bagaimanapun Tunku Azizah sempat berseloroh kepada Al-Sultan Abdullah bahawa foto itu kelihatan ‘comel dan seksi’.

“Jika kamu tak boleh kalahkan mereka, sertai mereka. Beta tunjukkan hantaran kepada suami dan beritahu baginda kelihatan comel dan seksi.
“Gara-gara orang tiada kerja, buat cari dosa sahaja. Kepada ALLAH berserah. Sila ambil tindakan,” ciap Tunku Azizah di Instagram baginda pada Khamis.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut Instagram baginda mahu agar tindakan tegas dikenakan ke atas pengendali akaun palsu itu.

“Saya mohon pelaku-pelaku ini dilucutkan kerakyatan. Kita mesti lakukan sesuatu.
“Tangkap dan hukum. Tidak hormat langsung.
“Allahuakbar. Kami sayang raja dan permaisuri kami. Bagaimanapun, Tunku sangat positif. Moga ALLAH
sentiasa melindungi. Amin,” ciap beberapa netizen di Instagram.

Sinar Harian
—————————————————————————————————————–
KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH
Makluman Siasatan Kes Menghin4 Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Lagu Negaraku dan Bendera Malaysia

Be the first to comment on "Hin4 Agong: Tunku Azizah murka, mahu pemilik Instagram dikenakan tindakan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*