Suami berniaga je, SPM pun xde. Ayah aku selalu speaking dgn dia, satu hari dia nangis2 dan tinggalkan aku sbb perangai ayah.

Assalammualaikum semua. Aku tak tahu nak salurkan kat mana lagi dan aku harap ini jadi pengajaran kepada mertua-mertua sekalian yang rasa anak dia segala-galanya dan selayaknya kahwin dengan sang putera/puteri raja hidup mewah dan tak ada masalah.

Aku sebenarnya bukan bercakap tentang mertua aku tetapi mertua suami aku. Iaitu mak ayah aku sendiri!

Ya mereka adalah mak ayah aku. Mak ayah aku yang aku rasa tak berperikemanusiaan. Mungkin jugak sebabkan mak dan ayah adalah orang yang berada.

Jadinya lepas kami diijabkabulkan, kami hidup sebagai suami isteri seperti biasa. Sebelum tu nak cerita sedikit pasal suami aku.

Dia seorang lelaki yang baik, sabar dengan aku, ringan tulang, rajin bekerja, tak pernah culas bab nafkah dan sangat menyayangi aku.

Suami aku dah tak ada ayah cuma ada mak sahaja dan adik beradik lain. Bila kahwin dengan aku dia sangat excited untuk bermesra dengan ayah aku

tapi awal-awal lagi ayah aku dah tunjukkan sikap dingin dengan dia. Kadang-kadang cakap dengan dia sambil perli-perli. Aku pun tak faham kenapa.

Aku fikir mungkin jugak sebab ayah aku ni selalu nak cakap english dan suami aku bukan la fluent sangat english dia

So faham-fahamlah bila bekerja sendiri macam mana pendapatan bila ada masalah kawasan tak laku dan sebagainya.

Aku pulak terpaksa berhenti kerja atas sebab kesihatan. Jadi dia mohon untuk kami tinggal di rumah keluarga aku sementara dia cuba pulihkan ekonomi keluarga kecil kami.

Disini lah bermulanya perang dingin antara parents aku dan suami aku. Parents aku jenis ego dan tak boleh bawak bincang.

Mak aku pulak suka cakap yang bukan-bukan pasal suami aku. Semua serba tak kena! Sampai kadang aku bergaduh dan cakap macam mana pun itu suami aku.

Aku masih kena hormat dia sebagai suami.Kadang dia macam nak beri cadangan kepada aku untuk bercerai saja.

Tak cukup dengan itu mak aku pulak sambung marah-marah suami aku di whatsapp. Cakap macam-macam tabur fitnah.

Waktu kejadian ni berlaku aku berada di luar rumah. Suami aku call dan cakap dia baru lepas kena marah dan herdik.

Suara dia sampai nak nangis. Keesokan harinya lepas dia pergi kerja dia cakap dekat aku mungkin kita dah tak boleh bersama.

Sebab dia tak nampak apa gunanya kami bersama kalau parents aku tak respect dia. Dan sebenarnya tak terima pun dia seadanya.

Aku nangis dan merayu suruh dia fikirkan anak-anak kami. Malam tu dia tinggalkan aku dia cakap dia perlukan masa. Jadi aku pun biarkan lah dia menyendiri.

Dan sebab utama kenapa aku cerita pasal kisah ni yang dah lama terpendam adalah kerana aku nak mertua diluar sana yang baca kisah aku ni

sila lah belajar untuk menerima kekurangan menantu sebab kita sebagai manusia pun ada banyak kekurangan.

Kena tahu jugak dalam hidup ni ada karma. Hari ini kita buat anak orang, esok lusa anak kita pulak yang akan kena,

lepas tu kita tanya pulak kenapa menantu dan anak tak datang jenguk kita dekat kampung.

By the way, kakak-kakak aku pun semua dah kahwin tapi mereka duduk asing dan tak banyak masalah sebab mungkin suami-suami mereka ni semua educated.

Aku harap pembaca semua doakan supaya jodoh aku dan suami berkekalan. Aku sayangkan suami aku dan aku sayangkan perkahwinan ini.

Be the first to comment on "Suami berniaga je, SPM pun xde. Ayah aku selalu speaking dgn dia, satu hari dia nangis2 dan tinggalkan aku sbb perangai ayah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*