kaki nyaris putus ditetak dengan parang di Flat Impian Gara2 Berebut parking

Kaki seorang lelaki nyaris putus ditetak dengan parang dalam pergaduhan yang berlaku di Blok B, Flat Impian Baiduri, Sungai Way, malam Khamis, 11 Mac 2021.

Lapor Kosmo, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 malam yang melibatkan 20 lelaki dan punca kejadian dipercayai kerana berebut tempat letak kereta dan mabuk.

Salah seorang lelaki nyaris putus kaki akibat ditetak dengan parang dalam kejadian itu. Kesan darah milik mangsa turut kelihatan di tangga kediaman membuatkan penduduk flat tersebut dalam ketakutan.

Beberapa kenderaan dan motosikal milik penduduk di lokasi kejadian juga dirosakkan dengan sengaja oleh suspek yang terlibat.

Menurut seorang penduduk di flat berkenaan berkaa, kejadian itu dipercayai berlaku apabila salah seorang lelaki itu berebut tempat letak kereta. Lelaki yang berada di bawah pengaruh alkohol itu gagal mengawal diri sehingga tercetus pergaduhan besar.

Kejadian itu berakhir sebaik saja polis dari Balai Sungai Way tiba di lokasi kejadian.

Berdasarkan komen netizen, kes tersebut telah mendapat perhatian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang datang ke lokasi kejadian bertemu dengan penduduk flat berkenaan.

“Alhamdulillah kes dah selesai, beliau beri jaminan untuk menjaga keselamatan penduduk di sini. Dia juga letak anggota di sini untuk bersiap sedia. Alhamdulillah, terima kasih tuan Ketua Polis PJ. Laju datang buat kerja dan selesaikan perselisihan faham.

“Mangsa yang kena tetak masih berada di hospital, manakala suspek yang menetak mangsa di lokap dan akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman,” katanya.


Sumber: Kosmo, Info Roadblock JPJ/POLIS

Be the first to comment on "kaki nyaris putus ditetak dengan parang di Flat Impian Gara2 Berebut parking"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*