‘Selepas sejam, tukang urut mula buat hal tak senon0h…’ – Wanita jadi mangsa s3ks tukang urut lelaki di pusat refleksologi

Hasrat seorang wanita berusia 29 tahun mendapatkan khidmat urutan di sebuah pusat refleksologi bertukar menjadi tr4gedi apabila dia menjadi mangsa s3ks tukang urut terbabit.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada Ahad, 14 Mac 2021 di sebuah pusat refleksologi di Pandan Indah, jam 4.30 petang.

Difahamkan, mangsa datang ke premis itu untuk mendapatkan khidmat urut tetapi tidak dimaklumkan yang kakitangan yang akan mengurutnya adalah tukang urut lelaki.

Pada awalnya, tiada sebarang kejadian aneh berlaku. Tetapi selepas sejam kemudian, susp3k dikatakan mula melakukan perbuatan yang tidak senonoh menyebabkan mangsa terkejut dan cuba meminta bantuan.

Susp3k terus menutup mulut mangsa dan meminta mangsa tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa. Mangsa ketakutan terus keluar dari premis itu dan menuju ke Balai P0lis Pandan Indah untuk membuat laporan kerana bimbang dengan keselamatan dirinya.

Ketua P0lis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, mengesahkan pihaknya menerima laporan mangsa dan bertindak di atas laporan itu, susp3k telah direman sehingga 19 Mac 2021 untuk siasatan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*