BERTAHUN-tahun menjaga dan menjadi rakan serumah, kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila mengakui berasa sebak dan terharu saat adiknya itu diijabkabulkan pada pagi, Sabtu.

Menurut Nabila, 37, dia terlalu gembira melihat Neelofa akhirnya menemui kebahagiaan yang dicari selama ini iaitu bergelar isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Riz.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat tan bunga segar penuhi dekorasi pelamin berbentuk Jabal Rahmah, alunan zikir dan nasyid iringi majlis Neelofa dan PU Riz

“Sudah tentu saya berasa sebak dan terharu bila lihat adik saya yang sudah bertahun-tahun saya jaga, jadi housemate… akhirnya dia jumpa kebahagiaan yang dicari selama ini.

Majlis akad nikah Neelofa dan PU Riz yang bertemakan rona putih.

“Perasaan itu timbul sebab akhirnya dia boleh bahagia macam orang lain dan kawan-kawan dia serta adik-beradik yang lain,” kata Nabila kepada mStar selepas selesai majlis akad nikah pasangan tersebut.

Neelofa yang berusia 32 tahun sah menjadi isteri kepada PU Riz atau Haris Ismail dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.43 pagi, Sabtu di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Majlis yang diadakan mengikut SOP dan bertemakan rona putih dihadiri seramai lebih kurang 150 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan terdekat dan selebriti.

Paling penting, kena sentiasa ada untuk satu sama lain.

NOOR NABILA

KAKAK NEELOFA

Selebriti yang turut memeriahkan majlis akad nikah pasangan Neelofa dan PU Riz iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Hanna Delisha bersama suami, Izara Aishah, Shalma Aina dan Datuk Rizalman.

Dalam pada itu, Nabila yang juga baharu sahaja bernikah dengan Engku Emran pada 19 Mac lalu turut memberi pesanan kepada pasangan pengantin tersebut.

Neelofa akhirnya temui kebahagiaan bersama PU Riz.

Nabila berharap Neelofa dan PU Riz akan menempuh alam perkahwinan dengan penuh kesabaran serta sentiasa ada untuk satu sama lain.

“Kepada pasangan pengantin, banyakkan bersabar… kena tempuhi alam perkahwinan dengan penuh kesabaran. Tapi apa sahaja masalah yang anda berdua akan hadapi, jangan putus asa.

“Paling penting, kena sentiasa ada untuk satu sama lain… susah senang bersama,” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Be the first to comment on ""

Leave a comment

Your email address will not be published.


*