
Assalamualaikum semua. Memandangka page ni banyak sangat menyiarkan kisah rumah tangga, Mek rasa terpanggil untuk meneutralkan balik suasana.
Post ni agak panjang dan mungkin kebanyakan daripada pembaca sangat tidak bersetuju dengan Mek. Tapi, takpe. Mek ok.
Mek bersekolah di antara sekolah terbaik di Bandar K. Bila orang bercerita pasal sekolah terbaik, kebanyakan masanya sekolah tu mestilah sekolah yang beraliran sains. Mek sekolah dari tahun 2003 – 2007.
Rata-rata cikgu-cikgu mesti akan brainwash para pelajar untuk ambil subjek sains. Sesiapa yang tak minat sains, adalah normal bagi kelompok ini mengundurkan diri pergi ke sekolah aliran sastera.
Belum nak cakap Asian parents yang sibuk nak suruh anak jadi lawyer? majistret? (aura Mak Dara sangat!).
Memang Mek sangat tidak boleh cope dan adapt. Sentiasa depresi (baru tau kena depresi dalam setengah abad ni akibat media sosial yang sering tular pasal depresi).
Jadi, Mek memang tak perform. Result ke laut. Bawah 3.00 je Mek dapat. Bertambah lah depresi Mek.
Apabila ada antara kita yang dilahirkan dalam keluarga susah dan berantakan, depresi akan perlahan-lahan memakan diri akibat daripada segala perkara yang kita pendam selama ni. Maaf tukar topik sikit.
Disebabkan result Mek yang teruk, maka Mek ditawarkan course lelong di Universiti P dalam bidang Sains.
Cakap lebih-lebih, takut ada yang mengenali Mek nanti. Course ni baru tubuh pada tahun tu. Sebab tu Mek dapat.
Dengan kadar depresi yang semakin tinggi (masa tu tak tahu depresi tu apa, tapi, keinginan bunuh diri sentiasa ada), Mek teruskan juga pengajian.
Jujur jelah Mek katakan, Mek memang tak boleh tumpu perhatian langsung dalam kelas. Mek selalu ponteng. Waima nota ringkas pun, Mek tak boleh hadam.
Jadi, Mek selalu bawa toyol dalam peperiksaan. Mek selalu menipu. Sebab kalau result teruk, Mek tak larat nak hadap leteran mak Mek.
Sampai hari ni Mek rasa malu sangat dengan Tuhan yang menciptakan dan juga diri sendiri sebab bawa toyol dalam periksa.
Sampai hari ni Mek tak tahu nak tebus dosa macam mana. Walaupun Mek rasa perbuatan Mek tak mendatangkan mudarat kepada orang lain.
Ada juga beberapa kawan Mek pun tak dapat kerja walaupun sambung sampai Master. Tapi, mereka tak dapat kerja sebab memang susah nak dapat kerja. Kes mereka lain dengan Mek.
Di tempat kerja Mek, ada yang Gred 29, dulunya belajar di politeknik ambil couse setiausaha. Lepas konvo je terus dapat kerja.
Kalaulah sekolah Mek dulu banyak promosi pasal politeknik ni, mesti Mek dah jadi salah seorang graduan poli.
Dan kalaulah mak Mek boleh terima pendapat Mek dulu, mungkin Mek sekarang dah naik pangkat sebab kerja gomen awal-awal.
Dan kalaulah Mek tahu Mek akan kerja gomen, awal-awal lagi Mek minta. Tapi, yelah, nanti ada pula juak-juak pakar motivasi cakap pasal timezone la apa laa.
Jadi, Mek tak nak ulas pasal tu. Cumanya Mek nak recap beberapa perkara penting di sini :
Satu tip kalau nak pilih course di universiti, kalau agak-agak kening pembaca semua tak terangkat atau berkerut masa sebut nama course tu, maka teruskan jelah.
Maksudnya, rata-rata umat akan familiar dengan nama course tu. Dan jangan lupa, tally-kan dengan jumlah pekerjaan yang ada di luar sana. Buat kajian sehabis mungkin pasal course tu.
2. Sekarang zaman Revolusi Industri 4.0 atau internet of things. Mohon manfaatkan sebaik-baiknya.
Jadilah youtuber atau apa-apa sahaja kalau rasa diri kalian boleh menghasilkan content menarik dan kreatif.
3. Jangan pandang rendah politeknik atau kolej Mara atau mana-mana kolej kemahiran. Mek dulu sekolah sains,
jadi tempat-tempat macam ni Mek pandang sebelah mata je (little did I know). Tempat-tempat inilah yang biasanya graduan senang dapat kerja (most of them la).
mohon kalian buat kajian terperinci dahulu. Jangan main lulus je semua perkara. Kami mohon pun sebab kursus tu wujud.
Dan tolong wujudkan banyak tempat untuk course komputer di peringkat sijil, diploma dan ijazah. Cewah, Mek perasan jap ada orang besar nak baca luahan hati Mek.
6. Kalau-kalau ada cikgu-cikgu yang terbaca luahan Mek ni, mohon jasa baik untuk sentiasa kemaskini jumlah-jumlah pekerjaan yang ada di luar sana, dan kongsikan dengan semua mak bapak dan group WhatsApp yang ada.
7. Kepada Asian parents, mohon jangan Asian sangat ! Chef Wan pun kaya-raya tau. Tak semestinya firasat anak-anak salah dan firasat kita sentiasa betul.
Penafian : Mek tak halang sesiapa pun nak masuk universiti. Semua ini hanyalah pandangan Mek sahaja berdasarkan pengalaman Mek.
Sekian, terima kasih
Leave a Reply