Tempatan Viral

Ayah baru je mennggal, eddah ibu pun belum habis lagi tapi Ibu jadi macam remaja purba pula.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ini kali pertama aku cuba menulis.

Aku M, berumur awal 30an, berkhidmat sebagai penjawat awam di sebuah bandar. Aku tak tau nak mulakan dari mana,

tapi aku just nak straightforward kepada secebis kisah hidupku. Kisah ini bermula beberapa bulan lepas selepas kemaatian arwah ayahku. Aku pening dengan ragam ibuku.

Sejak kematian arwah ayah, ibuku seperti kembali menjadi ‘remaja’. Ibuku tinggal di kampung bersama adikku.

Walaupun aku dan adikku pernah memberitahu mengenai tempoh eddah seorang isteri, tapi ibu tetap juga keluar rumah.

Ibu ku pernah memberitahu bahawa mereka hanyalah kawan biasa dan rakan sekolah.Oh ya, mereka juga mempunya whatsapp group reunion sekolah mereka.

Mungkin ibuku menjalin hubungan dengan lelaki tersebut sejak menghadiri reunion sekolah.

Melalui perbualan tersebut ibu berbual perkara-perkara menjijikkan di mata kami sebagai anak.

Mereka sepertinya pernah check in hotel sebelum ini dan pernah melakukan perkara yang suami isteri lakukan berdasarkan apa yang kami baca.

Tapi di depan ibu, kami berpura-pura tidak tahu dan jika ibu mengatakan ingin ke rumah mak cik Z (ibu D), aku akan cuba untuk mengikut tapi ibu tidak membenarkan.

Sebenarnya banyak lagi yang aku nak kongsikan tetapi aku tak tahu nak cerita macam mana. Aku tidak pasti adakah mereka betul-betul menyintai satu sama lain atau hanya sekadar untuk melepas nafsu.

Ibuku tergolong dalam wanita berkerja ada gaji sendiri berumur awal 50an dan lelaki tersebut ku kira sebaya dan juga berkerjaya.

Buat pengetahuan pembaca arwah ayahku juga meninggalkan pencen. Kami dalam proses memohon pencen tersebut.

Alhamdulillah, arwah ayah tidak meninggalkan banyak hutang kecuali kereta pacuan 4 roda yang berbaki 2 tahun.

Baru-baru ini, kami mendapat maklumat ibuku berhasrat untuk memberikan D kereta tersebut dan aku tidak pasti secara jualan, pinjaman atau sewaan.

Mungkin dia hanya mengisi masa lapang dan hanya ingin enjoy sahaja dengan ibuku.

Aku dan adik juga tidak bersetuju ibuku menceritakan bahawa dia akan mendapat tunggakan pencen nanti sebanyak 10k (3 bulan pencen) kepada D.

Seolah-olah ibu sengaja menceritakan perihal kewangan kepada D agar D terus melayannya. Mungkin juga ibu kesunyian atau memang perangai ibu begitu.

Semasa arwah ayah hidup pun, ibu tidak begitu melayan dan memberi perhatian kepada arwah ayah sejak 4,5 tahun kebelakangan ini.

Tidak lama lagi ibu akan mendapat wang pencen bulanan arwah ayah, dan juga wang simpanan arwah ayah.

Sebagai anak aku terasa hati kerana ibu lebih suka keluar dengan kawan-kawan, lelaki itu dan orang lain berbanding meluangkan masa dengan anak-anak.

S mengatakan mungkin ibu tidak suka keluar dengan anak-anak kerana kami selalu menasihati ibu.

Setiap hari aku berfikir apa yang boleh aku lakukan untuk menghentikan semua ini. Ibu bukan tidak sayang kepada arwah ayah tetapi aku dapat rasakan mungkin jauh di sudut hatinya ibu menyesal tidak melayan arwah ayah dengan baik di hujung hayat arwah ayah.

Tetapi disebabkan nipisnya iman ibu, ibu melayan lelaki lain. Untuk apa aku juga tidak pasti.

Aku hanya mampu berdoa semoga Allah ampunkan dosa ibuku, dan memberi kekuatan dan kesabaran di dalam menghadapi ujian ini. Aku anggap ini juga adalah ujian buatku dan adik.

Aku juga tidak tahu sampai bila aku boleh bertahan dan bersabar. Adik sedang mencari maklumat mengenai isteri D.

Aku cuba mencari penyelesaian terbaik dalam hal ini. Aku tidak mahu berlaku kasar dan kurang ajar terhadap ibuku juga.

Mungkin para pembaca dapat kongsikan pendapat apa yang patut aku dan adikku lakukan. Kerana kami buntu dalam masa yang sama kami masih hormat dan sayang pada ibu. Bantulah kami bagaimana untuk menyelamatkan ibu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *