
Lumrah hidup berumah tangga, pasti akan ada saat di mana suami isteri tidak sehaluan dan bergaduh akibat kurang persefahaman. Namun jika si suami sampai dah naik tangan tu melampau lah kan.
Begitulah yang dialami oleh wanita ini dimana dia telah dibelasah oleh suaminya sendiri ketika hamil.
Kisah yang mengundang perhatian warganet itu, terdapat ramai pihak yang sudi melakukan solat hajat dan bacaan Yasin sekali gus menitipkan doa agar mangsa yang juga sedang hamil kembali sembuh.
ICU, tulang retak & muka lebam
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Fazariah Nordin memuat naik ‘posting’ mendakwa kakaknya bernama Jahidah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas teruk dipukul oleh suaminya sendiri.
Menurut doktor yang merawat kakaknya, wanita itu mengalami kecederaan teruk antaranya keretaan tulang belakang, rahang serta bahagian muka.
Selain itu, terdapat juga kesan lebam di bahagian muka, mata serta di bahagian anggota badan lain.

Otak berdarah
Pasukan perubatan memaklumkan kakaknya mengalami pendarahan otak yang teruk di mana seluruh otaknya dipenuhi darah. Sehinggakan doktor terpaksa melakukan pembedahan otak selama 12 jam dan kini kakaknya itu sedang koma.

Sedang hamil anak sulong
Apa yang mengejutkan ialah, kakaknya baru je memuat naik ‘posting’ mengumumkan kehamilan cahaya mata sulung mereka seminggu yang lalu.

Bercerita tentang keperibadian kakaknya, Fazariah meluahkan bahawa wanita itu tidak pernah melenting malah, dia merupakan seorang yang lemah lembut.

Suami kini melarikan diri
Apa yang membuatkan netizen lagi bengang ialah, tindakan suami kakaknya yang telah meninggalkan isterinya berseorangan di hospital sebelum hilang ghaib melarikan diri.



sumber :
Leave a Reply