Pelik pulak bila suami terus pergi rumah mak lepas balik kerja tiap hari. Rupanya ada benda yg dia sorok

Cerita bermula setelah saya melahirkan anak sulung kami, keadaan mula berubah. “Suami mula berubah. Dia banyak menghabiskan masa di rumah ibunya.

Balik kerja di situlah dia bertapa. Rupa-rupanya saya mendapat tahu..Kisah Hani (bukan nama sebenar) ini merupakan pengakuan ikhlas seorang isteri terhadap perangai suami yang amat dicintainya.

Hani bukan sahaja berdepan dengan masalah suami yang tidak setia tetapi juga sikap mentua yang asyik memenangkan anaknya walaupun anaknya itu telah mengabaikan tanggungjawabnya. Kisah saya bukan istimewa sangat tetapi saya yakin ia mungkin turut dialami wanita di luar sana yang sedang bergelut dengan perasaan untuk mempertahankan rumah tangga mereka.

“Nama saya Hani berusia 20-an dan telah berkahwin dua tahun lalu dengan lelaki pilihan hati saya.

Dia banyak menghabiskan masa di rumah ibunya. Rupa-rupanya saya mendapat tahu sepupu yang pernah menjadi tunangannya itu tinggal bersama ibunya sementara mencari rumah sewa kerana dia mendapat kerja di Kuala Lumpur. Empat bulan keadaan tidak berubah. Balik kerja dia terus ke rumah ibunya sedangkan saya bergelut dengan anak di rumah.

Masuk enam bulan, prang besar berlaku. Saya bertanya dengan baik kenapa dia selalu balik rumah maknya. Kan lebih baik balik rumah tolong saya jaga anak. Jawabnya malas, dia tak ada masa nak melayan anak, penat dan membebankan. Saya sangat kecewa dengan sikap suami dan meminta dia berubah dan kembali seperti dulu.

Tapi nak tahu apa yang saya dapat? Dia minta izin untuk berkahwin dengan sepupunya itu kerana masih sayangkan dia. “Kalau sudah sayang kenapa minta putuskan pertunangan dulu dan kahwin dengan saya? Seperti yang saya bimbangkan, suami akhirnya berkahwin dengan sepupunya dengan restu mertua saya.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Skitnya hati, hancur luluh mengenangkan dia melayan sepupunya dengan penuh kasih sayang sedangkan saya terabai dengan anak yang masih dahagakan kasih seorang bapa.

Saya melakukan solat hajat dan beramal ibadat sepenuh hati untuk mendapatkan ketenangan. Akhirnya saya mendapat petunjuk dari Allah SWT. Saya merendah diri dengan pergi berjumpa suami dan meminta supaya dia melepaskan saya dengan baik.

Setelah menunggu hampir enam bulan dan tidak ada perubahan di pihak suami, saya akhirnya memfailkan tuntutan perceraian di mahkamah.

“Sudahlah tidak pulang ke rumah selepas bernikah lain, nafkah anak dan tanggungjawab zahir batin kepada saya juga tidak dilunaskan.

Alhamdulillah akhirnya saya dibebaskan dengan talak satu setelah hampir enam bulan naik turun mahkamah.Walaupun sedih terpaksa jadi ibu tunggal di usia muda, ia ada hikmah tersembunyi. Rezeki saya dan anak melimpah-limpah dan saya juga dinaikkan pangkat.

Baik macam mana kita dengan suami, kalau dia nak tinggalkan kita, dia akan buat juga. “Kepada mertua, jangan lihat kebaikan anak sahaja dan menyalahkan menantu. Tegur perangai anak sendiri dulu sebelum nak salahkan menantu.Saya harap para suami dapat berfikir dengan matang sebagai lelaki, suami dan bapa.

Jangan ambil mudah masalah rumah tangga. “Belajar untuk menjadi suami dan bapa yang bertanggungjawab. Ingat di dunia mungkin anda terlepas, tetapi di akhirat…balasan Allah pasti menanti!’’ tegas Hasni menamatkan ceritanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*