
Assalamualaikum wbrkth. Salam Ramadan Kareem buat semua. Ramadan yg berbaki ni jom kita pulun sama2 utk melipatgandakan amal ibadah kita.
Alhamdulillah sekali lagi ku tujukan buat penguasa alam semesta kerana masih dipanjangkan usiaku utk berkongsi di sini.
Dah lama sebenarnya aku nak meluahkan di sini dan kalini ku beranikan diri utk mencoret kerana cintaku pada isteriku. Hahaha. Tetiba kan? ?
Ok. Straight to the point. Isteri aku ni seorang suri rumah. Ya, memang aku bangga dan bahagia sebab isteri aku seorang rumah.
Rata2 aku jumpa kawan2 laki aku memang aku perasan ada yang malu nak beritahu isteri dorang HANYA suri rumah!
Apa kau tak bangga ke anak2 kau dibesarkan dengan tangan wife kau sendiri? Apa kau tak bangga ke wife kau sendiri yang tgk perkembangan anak kau hari2?
Dari tak pandai cakap sampai dah boleh sebut ABC? Dari makan bersepah sampai dah pandai suap makan sendiri? Semua wife kau yang ajar anak kau bro.
Aku sendiri kadang kagum tengok wife aku sambil dukung anak boleh buat macam2 kerja. Dah macam super power dah wife aku ni.
Kadang dah macam ahli silap mata pun ada. Sekelip mata siap semua. Hahaha. Multipurpose tu jangan cakap la.
Kadang sampai aku plak yang cakap dekat dia yg mana aku boleh buat, tinggalkan je biar aku buat tak payah nak jadi catwoman sgt. Wakaka.
Moment ni memang sweet sgt bagi aku. Sebab bagi aku isteri aku memang sedaya upaya nak yg terbaik utk kami sekeluarga.
Terus terang aku cakap, gaji aku tak besar mana..tak sampai 2k pun. Dengan komitmen yg pelbagai, memang duit sangat deras keluar macam air terjun yg mencurah.
Memang terkadang terasa sakitnya tapi alhamdulillah, duit cukup utk aku, isteri dan anak2.
Life kami pun bukan 100% perfect, sesekali berperang jugak kami. Tapi kami memang takkan terbawak bawak emosi lebih dari satu hari.
Sebab aku tak nak nanti jadi wabak dan alhamdulillah wife aku ni pn jenis cepat sejuk. Aku cuit cuit sikit dia dh senyum..
Aku juga bersyukur dapat mak mertua yang selalu support isteri aku judi suri rumah walaupun mak mertua aku ni seorang yang bekerja dulu.
Wife aku ni degree holder dan dapat tawaran kerja bersepah2 yg melebihi gaji aku pun ada. Huhuhu. Kadang aku risau jugak sebab ada jenis parents nak anak dia bekerja bila dah “penat belajar”. Aku faham.
Aku tak pernah paksa langsung wife aku jadi suri rumah. Yg selalu berhajat sangat wife aku jadi suri rumah is mak mertua aku. hahaha.
Mak mertua aku ni dgn slumber bagi tahu wife aku “Org yg menentang Islam akan mula risau, bila wanita2 Islam ni mula duduk di rumah dan mengasuh sendiri anak2”.
Pergghhh, ayat ni memang menusuk kalbuku. Mengasuh tu deep maksud dia. Mengasuh ni bukan kita biar je anak2ni. Hadam maksud mengasuh tu.
Buat suami2 seangkatan denganku yang memiliki isteri seorang rumah, just be proud with ur wife. Ingat bro! Kau untung dapat dia dan kau kena buat dia berasa untung yg dia dapat kau juga bro. ?
Leave a Reply