
Sedar tak sedar, lagi dua hari umat Islam dijangka bakal menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sudah menjadi kebiasaan selepas solat sunat Aidilfitri untuk pergi menziarahi kvbur individu yang tersayang.
Bagaimanapun, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok, di seluruh negeri aktiviti menziarahi kubvr adalah sama sekali tidak dibenarkan dan setiap individu perlu patuh akan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Lawat kubvr arw4h bapa
Foto: Tangkap layar video
Seperti video seb4k yang dikongsi seorang gadis dikenali sebagai Ida Zaini di laman TikTok, memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang datang menziarahi kvbur arw4h bapa dan neneknya sebelum bermulanya PKP yang sama sekali tidak membenarkan aktiviti menziarahi kvbur.
Menerusi video pendek tersebut, kanak-kanak itu sempat meninggalkan pesanan buat kedua-dua Allahy4rham dan mencium batu nis4n sebelum menaburkan bunga di atas kvbur berkenaan.
Tidur awal-awal tau. Nanti adik bangun, adik pergi kubvr ayah. Adik sayang nenek. Tidur awal-awal yer, esok adik datang kejut nenek. Adik sayang nenek.
Video tersebut bagaimanapun, berjaya membuatkan rata-rata warganet berasa seb4k melihat reaksi kanak-kanak itu yang terlampau rindukan ahli keluarganya yang telah dijemput oleh Allah S.W.T.
Video penuh:
Sumber:
Leave a Reply