Artis Dalam Negara Tempatan Viral

Ini Cara Datuk Jovian Raih Lebih 200K Untuk Derma Ke Pal3.stin

Berikutan serangan tentera Isr4.el terhadap Pal3.stin, terdapat pelbagai cara bagi menunjukkan solidariti terhadap mereka. Selain berdoa, salah satunya adalah menghulurkan bantuan dari segi kewangan.

Langkah seperti itu dilakukan oleh usahawan dan pereka fesyen ternama, Datuk Jovian Mandagie apabila melancarkan penjualan pelitup muka eksklusif dengan empat reka bentuk bendera Pal3.stin.

Jovian Mask For Pal3.stine

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie)

“Topeng untuk solidariti, topeng untuk hak asasi manusia, topeng yang berteriak #FREEPAL3.STINE! Hasil jualan 100% akan terus membantu saudara-saudari kita di Palestin,” tulisnya di laman Instagram.

Menurut menantu kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu, keuntungan 100% akan disumbangkan kepada rakyat Pal3.stin yang menderita akibat kekej4.man rejim Zi0..nis.

Malah siapa sangka dengan sokongan padu dan keprihatinan orang ramai, dia berjaya mengumpul dana sebanyak RM65,720 dalam masa satu jam sahaja, pada malam tadi.

Hanya Allah akan balas kebaikan anda semua!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie)

Difahamkan setakat ini, koleksi Jovian Mask For Pal3.stine telah meraih sebanyak RM213,005. Bagaimanapun, Jovian berkata dia tidak akan membuka slot tempahan lagi sehingga diberitahu kelak.

4,500 pelitup muka sudah dijual

Akan buka slot tempahan bila dah sedia…

Derma melalui saluran yang betul

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja bagi membeli pelitup muka tersebut sehingga laman web rasmi jenama berkenaan mengalami masalah teknikal dan perlu menunggu untuk seketika waktu.

Sumber: Instagram Jovian Mandagie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *