
Assalamualaikum,terima kasih admin sudi share perkongsian aku ni..ok.lately ramai dok ceghita pasal prob family..aku rase aku nak jugak la share prob family aku as pengajaran utk korang semua.Aku anak bongsu daripada 4 org adek adek beradek. Atas aku semua kakak2 dan sudah berkahwin dan aku mempunyai abg ipar y berlainan karakter dan perangai. Perangai2 diorang ni yang buatkan aku benci dan bosan dgn pwrkahwinan.Aku duduk dengan mak abah aku dan kakak aku y ketiga bersama suaminya..ye.aku duduk serumah dengan abg ipar aku.
Kakak aku y ketiga ni perangainya pelik sikit dari adek beradek lain.dia terjal sikit.dan perkahwinan dia sebenarnya tak berapa nak dapat restu daripada parents aku
bukan sahaja kerana abg ipar aku tu dah tua tahap pak cik makcik org malahan duda anak empat. Dan kesemua anaknya dah sebaya aku dan kawan2 aku.
Semua benda mak aku buatkan memandangkan abah aku tak boleh buat kerja2 berat. Ha!dan abang ipar aku tak pernah nak tolong bapak aku buat kerja lelaki.
Semuanya jiran yang baik hati tolong.
Bla duduk serumah ngan pak mak mertua ingatkan lebih erat hubungannya, tapi tidak bagi family aku.
Abang ipar aku yang ketiga ni akan bertegur sapa dengan mak abah aku bila nak je. Memang boleh dikira dengan jari berapa kali die tegur mak abah aku setahun.
Itu perangai ipar yang ketiga. La ni perangai ipar yang kedua. Abang ipar aku yang kedua ni pon buat aku geram dan sakit hati.
Ipar aku yang kedua kerja di KL sebagai tenaga pengajar di sebuah institusi agama. Dia kahwin dengan kakak aku yang kedua atas dasar org tengah(sebab faktor kakak aku dah lanjut umur tak kahwin lagi).
Baik tapi Sangat kejam. Disebabkan kakak aku sangat sayangkan kereta pemberian abah aku pada dia, dengan barai2 kakak aku ulang alik pergi kerja pakai kereta itu.
Tak repair ke? Ha,abang ipar aku serah bulat2 pada kakak aku utk hantar ke workshop tanpa sesen pon dari dia. Dia suruh bayar guna duit loan.
Bile balik kampung, ipar aku ni tak pernah tolong mak abah aku. Keje die duduk dalam bilik jeeeeee. Memang perangai raja betul. Keluar bilik nak makan dan keluar jalan2 je.
Bukan tu je, makan nak demand,tak nak minyak2, minum air herba khas utk dia, dan semua tu dia ‘order’ kat mak aku.
Apa punye ipar tade hati perut buat mak mertua gitu. Dan mak aku biasa la..buat sahaja apa yang didemandkan ipar2 aku. Untuk pengetahuan korang jugak,
So,aku nak conclude bahawasanya bukan semua perkahwinan tu membahagiakan. Kadang2 bahagia tu cuma utk pasangan tu je. Family? Adik ipar abang ipar? Merana bhaiiiiiii..
korang kat luar sana, aku nak pesan janganlah sebab perkahwinan yang korang bina menghilangkan commen sense terhadap orang2 sekeliling kau terutamanya mak pak mertua dan mak bapak korang.
Sebab dapat ipar gini la aku sangat tak suke dengan perkahwinan dan perkahwinan tak pernah menjadi life goal aku.
semua harta simpanan dia laki dia da kikis..la ni tinggal tanah kat kampung je( tu pon dengar2 laki dia suh jual sbb nak gne duit hantar mak mentua dia pegi haji).
Doakan aku kuat menghadapi ujian keluarga ini. Salam ramadan.
Leave a Reply