Peminat pelik kenapa Tan Cheng Hoe ambil ramai pemain JDT, ini reaksi padu TMJ

Dua gol masing-masing menerusi Ali Mabkbout dan Fabio Lima membantu Emiriah Arab Bersatu (UAE) membenam Malaysia 4-0 dalam aksi kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel, Dubai,

Pemain naturalisasi Malaysia, terutama Guilherme de Paula menjadi sasaran kemarahan penyokong Harimau Malaya selepas pasukan negara tumpas 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai sebentar tadi.

Pemain kelahiran Brazil itu yang dilihat agak ‘malas’ di atas padang dan tenggelam sepanjang permainan gagal memberi ancaman kepada benteng tuan rumah, berbanding pemain tempatan.

Tiga gol dihasilkan UAE pada 10 minit terakhir menyerlahkan kerapuhan benteng Malaysia yang mudah hilang fokus menuju ke penghujung permainan.

“Pemain naturalisasilah sangat, tak ada semangat langsung main.. De Paula ape function malas,” tulis pemilik akaun Ezad Skp dalam Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Better amek player kacukan daripada player naturalisasi. At least player kacukan masih ada darah semangat nak julang nama negara sendiri,” kata Rahimi Imi.

“Ingat pura2 lemah je lawan Bahrain…rupa2nya memang betul2 lemah. Dion Cools mesti menyesal….ade dua natrulisasi lagi macam tak wujud….Lupakan kelayakan lepas ni…Vietnam lagi laju dari UAE…,” tulis Adleen Yusuff.


BARISAN pemain Malaysia ketika menentang UAE di Stadium Zabeel, Dubai hari ini.
“Tan Cheng Hoe cukup-cukuplha bagi penghormatan yang melebih-lebih dekat pemain naturalisasi. De Paula, Liridon. Mereka ni dah macam pemain ke-12 dan 13 untuk UAE. Lari pun tidak, pressing pun tidak, hilang bola dari kaki, passing tak sampai. Consistent dia orang buat mistake ni. Banyak pemain tempatan yang lebih berbaloi untuk diberi peluang,” kata Ahmad Nazim.

“Nampak sangat Paula bermain sambil lewa dan tak bersemangat…punah harapan penonton sanggup tak tidur tunggu match Malaysia,” tulis Muhd Radzi Mhd Sd.

“Tak faham kenapa tak gunakan pertukaran keluarkan Liridon dan De Paula….serius hancur….,” kata Mohd Azlan Aladdin.

Selain De Paula, 34, Malaysia juga menyenaraikan Liridon Krasniqi dalam kesebelasan utama, manakala seorang lagi pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh yang sudah lama bersama skuad kebangsaan menunjukkan prestasi agak baik.

Kekalahan ketiga dalam selepas enam perlawanan kini meletakkan Harimau Malaya di tangga keempat Kumpulan G dengan berkongsi sembilan mata bersama UAE dan Thailand, yang seri 2-2 dengan Indonesia dalam satu lagi perlawanan.

Malaysia akan berdepan pendahulu kumpulan, Vietnam pada 12 Jun, diikuti Thailand dalam perlawanan terakhir pad 16 Jun.

Pasukan negara perlu menempatkan diri dalam kedudukan dua teratas untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Dalam pada itu, pada sesi Q&A di IG TMJ, baginda di minta untuk mengulas mengenai prestari skuad Harimau Malaya dan menayakan kenapa ramai pemain JDT dalam pasukan Negara

Menurut TMJ, beliau juga tidak faham kenapa perlu di ambil ramai pemain JDT dan meminta peminat untuk bertanyakan soalan tersebut kepada Ketua Jurulatih Harimau Malaya sendiri

TMJ juga tidak bersetuju pemain JDT terlalu ramai kerana merisaukan para pemain beliau akan mendapat k3cederaan

Akhira sekali TMJ pun mahu melihat aksi  pemain dari pasukan lain dalam skuad negara

Ini Sebabnya. C0ach TanChengHoe AkhlrnyaDedah Knapa Bagi DePaula Maln90Mlnit

Pengendali negara, Tan Cheng Hoe mempertahankan keputusannya yang mengekalkan penyer.ang naturalisasi, Guilherme de Paula selama 90 minit ketika Malaysia tewas 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel, Dubai, awal pagi tadi.

Katanya, str.ategi untuk tidak menukarkan De Paula khususnya pada babak kedua adalah kerana percaya kelebihan fizikal dimiliki pemain Brazil itu mampu membawa kelebihan kepada pasukan.

“Mungkin kita percaya dengan dari segi fizkikal De Paula, dan kita tahu De Paula mempunyai penyudah yang baik dan sebab itu kita perlu fikir positif.

“Kerana kita mungkin waktu itu ketinggalan 1-0 dan mungkin kita boleh dapat gol penyamaan melalui De Paula. Sebab itu kita kekal dia dalam sepanjang perlawanan semalam,” kata Cheng Hoe pada sesi media secara maya hari ini.

Aksi kurang memuaskan De Paula nyata menimbulkan kri.tikan peminat terhadap pemain baharu, Johor Darul Ta’zim (JDT) itu terutamanya di laman sosial.

Malah, ramai yang mempersoalkan t.indakan Cheng Hoe yang masih menyimpan bekas ayam tambatan Perak dan Kuala Lumpur itu dengan sebaliknya menukar pemain di posisi lain.

“Kena ‘sc4m’ dengan projek naturalisasi”

Kuala Lumpur: “Boleh saya katakan kita semua hanya terpedaya dengan skuad dan projek naturalisasi yang dibuat”.

Itu luahan bekas pemenang kasut emas Piala AFF 2010, Safee Sali di laman sosial Facebook miliknya yang mengakui kecewa dengan kekalahan 0-4 skuad Harimau Malaya di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, awal pagi tadi.

Kehadiran beberapa pemain naturalisasi bagi membentuk skuad Harimau ‘Kacukan’ nyata tidak memberi impak diharapkan dan Safee beranggapan projek berkenaan memperdaya jutaan peminat tanah air.

Katanya, dia percaya jika pemain tempatan diberi tanggungjawab dan kepercayaan, skuad negara mampu menghasilkan keputusan positif dalam baki dua aksi kelayakan selepas ini.

“Berdasarkan pengalaman bermain dengan pasukan negara Timur Tengah keputusan seperti sudah dijangka. Memang bukan mudah untuk bermain dengan ‘Pak Arab’. Sedikit kealpaan akan dihukum. Main pula di tempat dan padang mereka.

“Boleh saya katakan kita semua hanya terpedaya dengan skuad dan projek naturalisasi yang dibuat. Membuatkan kita percaya dan meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

“Apa-apa pun masih ada dua lagi perlawanan yang sangat penting. Dan saya tetap yakin para pemain tempatan jika diberi peluang dan kepercayaan pasukan kita boleh menang dan bermain bermati-matian untuk nama negara,” katanya yang pernah membawa Malaysia menjuarai Piala AFF pada 2010 lalu.

Susulan kekalahan kepada UAE itu, peminat menyalahkan dua tonggak naturalisasi negara, Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi yang gagal beraksi baik sepanjang aksi itu.

Ujar Safee lagi, dia menyeru pemain agar segera bangkit menjelang aksi berdepan Vietnam dan Thailand bagi memburu mata maksimum pada 11 dan 15 Jun ini.

“Kalau ikutkan hati pemain esok juga nak main demi membalas kepercayaan dan membuktikan kita bukanlah seperti apa yang peminat fikirkan.

“Bukan masa untuk angkat bendera putih, masih ada peluang. Kita, Vietnam dan Thailand tidak jauh beza. InsyaAllah kita boleh menang,” katanya yang turut pernah menikmati kejayaan di peringkat Asia apabila menjulang Piala AFC bersama JDT pada 2015.

sumber: TMJ, Bharian, hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*