Artis Dalam Negara Hiburan Tempatan Viral

Video meng4ibkan tular, ini tindakan Neeta

Penyanyi dan pengacara Neeta dan syarikat rakamannya, Nar Records Sdn Bhd membuat laporan polis terhadap seorang pengamal media selepas individu terbabit didakwa menjatuhkan maruahnya.

Ketua Bahagian Pemasaran Nar Record, Becky Zulkepli, memberitahu laporan itu dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Katanya klip video yang ditularkan melalui aplikasi TikTok itu amat memalukan dan menyentuh sensitiviti serta maruah Neeta sebagai wanita.

“Ia dibuat dengan niat atau tujuan apa masih tidak dapat dipastikan kerana usaha untuk menghubungi individu terbabit gagal kerana tiada sebarang maklum balas diberikan hingga kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Video memaparkan tulisan “salah parking” itu dipercayai merujuk kepada aksi pemilik nama penuh Neeta Manishaa Manogaran memegang dadanya sewaktu dia menjalani proses rakaman program All Together Now Malaysia baru-baru ini.

Kata Becky, bagi segelintir orang ia mungkin suatu perkara kecil tetapi pihak pengurusan tetap menyelar perbuatan tersebut kerana video itu mengundang kecaman dan tomahan orang terhadap anggota Neeta.

“Video tersebut masih belum di p4damkan seolah-olah individu tersebut tidak mengambil peduli langsung dengan kejadian ini,” katanya.

Orang dalam industri yang sebarkan

Sementara itu, Neeta, 26, yang juga vokalis iamNeeta itu berkata, dia berasa terkilan kerana individu terbabit bukanlah orang lain sebaliknya seorang pengamal media yang berjawatan tinggi.

“Neeta mengambil keputusan untuk membuat laporan polis atas desakan pihak pengurusan.

“Tapi Neeta bukanlah ingin memperbesarkan isu dan bukan ingin mengadu domba tapi agar individu itu dan sesiapa saja pengguna media sosial dapat menggunakan platform berkenaan dengan betul bukan untuk mengecam, body sh4ming atau b.uli si.ber, satu kesalahan di bawah akta Suruhanjaya Kominikasi dan Multimedia,” katanya.

Astro Hentikan Program Tersebut Buat Semmentara Waktu

KUALA LUMPUR: Pihak penerbitan rancangan ‘All Together Now Malaysia’ memutuskan untuk menghentikan sementara program tersebut sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, rakaman program tersebut dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah

Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

“Krew penerbitan telah menjalankan ujian calitan C0VID-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula dan hanya mereka yang berstatus neg4tif sahaja dibenar meneruskan rakaman,” katanya.

“Set yang dibina telah mengambil kira penjarakan fizikal antara juri dan diletakkan penghadang lutsinar antara mereka,” tambah Raqim.

Rakaman program tersebut juga turut dihadiri wakil daripada agensi-agensi keselamatan.

Terdahulu, satu laporan berita tempatan memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan pelanggaran SOP.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir, berkata siasatan ke atas rancangan itu akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), jelas laporan itu.
Laporan itu turut memetik bahawa KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya, jika mereka mengenal pasti wujud berlakunya pelanggaran SOP sepanjang rakaman program berkenaan.

Pihak penerbitan rancangan All Together Now Malaysia memutuskan untuk menghentikan sementara program tersebut sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *