Artis Hiburan Tempatan Viral

Ramai tengah cari abang dia, sekali Adik Sajat mula buka cerita

Sudah beberapa bulan dalam buru,an polis, usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman masih belum dikesan sejak waran t4ngkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lalu.

Bagaimanapun, Sajat dilihat tetap aktif memuat naik perkongsian di media sosial miliknya. Sejak kebelakangan ini, adik perempuannya dikenali sebagai Mustika menjadi perhatian ramai di aplikasi TikTok.

Memetik portal mStar Online, Nur Mustika Kamaruzzaman mengakui sudah penat melayan pertanyaan netizen yang sangsi dengan jantinanya.

“Memang penat nak jawab soalan macam ni, sejak Sajat famous yang paling terkesan nak menjawab soalan itu adalah saya sebab muka kami serupa.

“Orang sampai tak tahu yang Sajat ada adik-beradik lain sebab muka mereka tak sama macam saya,” katanya.

Menerusi temubual tersebut, Mustika sempat mendedahkan mengenai peribadi Sajat yang agak berbeza seperti yang dipaparkan di media sosial dimana abangnya itu seorang yang pendiam.

“Dia diam dan jenis yang memerhati. Bila dia bercakap jadi kelakar sebab dia bukan seorang yang ‘talkative’. Dia banyak berfikir,” katanya.

Ditanya mengenai keberadaan abangnya, Mustika berkata keluarga sendiri juga tidak tahu. Katanya lagi, dia juga tidak mahu mengambil tahu tentang Sajat kerana sudah ada kehidupan sendiri.

“Saya tak tahu fasal Sajat dan kalau boleh tak nak ambil tahu, bukan sebab tak kisah pasal dia… tetapi saya ada kehidupan saya sendiri. Apa yang dia tengah lalui itu terlalu besar, mungkin hanya dia sahaja yang boleh selesaikan,” katanya

Adik Perempuan Berlakon Jadi Sajat Buat Netizen Terhibur

Sudah beberapa bulan dalam buruan polis, usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman masih belum dikesan sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lalu.

Bagaimanapun, Sajat dilihat tetap aktif memuat naik perkongsian di media sosial miliknya. Terbaru, adik perempuannya dikenali sebagai Mustika menjadi perhatian di aplikasi TikTok.

Lebih lucu, Mustika itu memuat naik video parodi berlakon menjadi Sajat malah menggunakan suara abangnya. Apa yang pasti, ramai yang keliru pada awalnya kerana wajahnya seiras dengan Sajat.

Mustika turut melakonkan satu lagi parodi abangnya membebel mengenai penguasaan bahasa Inggerisnya yang dikritik oleh netizen.

Perkongsian Mustika itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan parodi tersebut, tidak kurang juga ada yang memuji kecantikan semula jadi adik Sajat.

Terdahulu, pihak polis memaklumkan kemungkinan Sajat tau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman berada di luar negara.

Sajat bersembu.nyi di Thailand

Kuala Lumpur: Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau Sajat dipercayai sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah.

Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Sumber memberitahu Harian Metro bahawa, Sajat kini sedang bersembunyi di Thailand.

Ditanya bagaimana dia lolos ke negara jiran itu, sumber itu bagaimanapun tidak mendedahkannya.

Menjadi persoalan sama ada Sajat menggunakan laluan tikus untuk keluar dari Malaysia ke Thailand ataupun dia menggunakan pakej perlancongan yang membenarkan pelancong asing memasuki negara berkenaan selain kunjungan perniagaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi mengesahkan bahawa Sajat kini sedang berada di negara jiran namun beliau tidak menyatakan negara dimaksudkan.

“Ya dia kini berada di negara jiran. Cuma saya nasihatkan kepada dia pulang dan pergilah ke mahkamah,” katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah berkongsi maklumat berkaitan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau Sajat yang didakwa berkemungkinan sudah berada di luar negara.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dilaporkan berkata, bagaimanapun pihaknya tidak akan mendedahkannya kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.

Muhammad Sajjad mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila memuat naik video mahu keluar daripada Islam selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah terhadapnya berhubung kes dikendalikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee @ Shaii.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jen4yah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penj4ra tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mstar, hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *