Dalam Negara Politik Tempatan Viral

“Perlu ke tebang pokok durian musang king tu..” netizen mula pers0al tindakan kerajaan, sedangkan ada cara lain

Baru-baru ini tular mengenai durian Musang King yang telah ditanam secara haram di kawasan seluas 101 hektar dekat Hutan Simpan Batu Talam. Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah bertindak dengan menebang kesemua pokok durian Musang King tersebut.

Tetapi, kebanyakan netizen mempersoalkan tindakan yang diambil oleh Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) untuk menebang pokok yang sedang berbuah lebat itu.

Kata mereka, tidak bolehkah letakkan saja di bawah anak syarikat kerajaan negeri untuk diuruskan selepas ᴅɪʀᴀᴍᴘᴀs dan diwartakan sebagai hak kerajaan.

Lagipun, sejak 20 tahun yang lepas, 20 pekebun tersebut telah mengusahakan kawasan tersebut dan untuk menebang pokok ketika buahnya hampir luruh amatlah mnyedihkan.

Salah seorang pengguna Facebook Kori Ariff berkata:

“Apabila kerajaan negeri mengambil balik tanah itu dan memang pun hak kerajaan negeri, maka ia menjadi milik kerajaan negeri yang bererti milik rakyat, khususnya rakyat negeri Pahang.

“Sekurang-kurangnya, semua orang boleh merasai kelazatan Musang King jika dihadiahkan kepada rakyat Pahang B40 dan M40 yang mana tidak mampu untuk membeli buah berkenaan.”

Seorang lagi pengguna Facebook Mamat Sut turut berkata:

“Pokok Musang King tidak perlulah ditebang tetapi sebaiknya, Pihak berkuasa Negeri Pahang perlu mewartakan tapak ini sebagai tapak pertanian yang dikawal selia oleh Pejabat Pertanian Negeri Pahang.

.“Selepas itu, hasil buahan boleh dijual kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Pahang dengan harga yang paling minimum. Malah, segala hasil jualan pula boleh lah dimasukkan sebagai satu sumber hasil pendapatan negeri Pahang.”

Tetapi, mungkinkah ada sebab tertentu Jabatan Perhutanan lebih cenderung untuk memusnahkan semuanya daripada menyimpannya.

Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Raja Puji berkata, keseluruhnya sebanyak 200 pokok berumur antara 17 hingg 18 tahun telah ditebang.

Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Raja Puji

Katanya, kerajaan negeri bersama dengan agensi-agensi terbabit sepatutnya duduk berunding bagi menyelesaikan masalah tersebut secara baik.

“Minta Menteri Besar Pahang supaya ada tolak ansur selesaikan masalah rakyat. Ini sudah 20 tahun. Kalau ditebang ketika usia satu tahun mungkin orang boleh terima”

Situasi terkini penebangan pokok durian boleh ditonton seperti di bawah:

Sumber: Utusan Online | Video Radzuan Razali

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *