CoV19 Dalam Negara Tempatan Viral

Pegawai Azmin Ali Gesa Dr Hisham Berundur, Sekali Najib Komen “Dah mula dah…”

Setiausaha akhbar kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali hari ini menggesa Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah untuk mengundurkan diri.

Menulis di laman Twitternya, Adlin M Zabri berkata dia tidak setuju dengan “penutupan menyeluruh” dan menuduh Noor Hisham gagal melakukan perancangan sewajarnya.

“Pengarah Kesihatan. Anda jelas gagal melakukan perancangan yang tepat dan semua penutupan penuh ini menunjukkan bahawa anda tidak mampu menangani (wabak Covid-19).

“Tumpukan bidang pembedahan saja atau lagi baik berhenti,” kata Adlin.

Adlin menulis ini ketika berkongsi artikel berita mengenai netizen yang mengkritik Noor Hisham mengenai pengendalian pusat penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Melawati.

Melalui ciapan lain di Twitter pada awal hari ini, Adlin secara sinis menyarankan sektor perkilangan harus disalahkan atas wabak di pusat vaksinasi IDCC.

Pada 10 Julai lalu, Adlin menyiarkan klip video memaparkan Ketua Teknikal Covid-19 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Maria Van Kerkhove yang bercakap mengenai cara untuk membendung penyebaran Covid-19.

Hantarannya itu disertakan dengan pesan: “Pengarah Kesihatan … Harap (anda) mendengar ini”.

Putrajaya telah memutuskan untuk menutup lebih banyak kilang bermula 3 Julai dan seterusnya untuk membendung penyebaran Covid-19.

Beberapa jam selepas pengumuman itu, Azmin – yang kementeriannya memimpin sektor pembuatan – menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan.

Berikut pula reaksi dari Najib Razak

Dah mula dah…

Sekiranya, yang tiap-tiap hari masih kerja kuat untuk melawan Covid perlu berundur, bagaimana pula dengan kepala iaitu pengerusi MKN kurang sihat yang akhirnya bertanggungjawab untuk luluskan semua dasar-dasar yang berulang kali gagal biarpun RM600 bilion sudah dibelanja?

“The buck stops here”. Dia perlu undur juga, tak?

Garis panduan pengambilan air liur persampelan bakal dimuktamadkan – Dr Noor Hisham

Dalam perkembangan lain, di sebalik gesaan supaya berundur, Dr Hisham di lihat terus melakukan tugasan beliau seperti biasa

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memuktamadkan garis panduan penggunaan kaedah pengambilan sampel air liur bagi ujian saringan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia akan dibuat dalam mesyuarat pada Rabu.

Menurutnya, kaedah penggunaan RTK-Antigen menggunakan air liur boleh dilaksanakan pesakit itu sendiri.

“Langkah itu dapat meningkatkan saringan di lapangan sekali gus kemungkinan kes positif COVID-19 dapat dikesan dengan lebih baik.

“Tujuh hospital KKM sudah dikenal pasti untuk melaksanakan penilaian lapangan penggunaan kaedah pengambilan sampel air liur bagi ujian saringan COVID-19,” katanya.

Institut Kajian Perubatan (IMR) sebelum ini dilapor telah selesai menjalankan kajian mengenai penggunaan dua kit ujian air liur untuk saringan kendiri COVID-19.

Kedua-dua kaedah tersebut didapati mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus.

Kredit:MK

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *