Dalam Negara Politik Tempatan Viral

Blom sempat angakt sumpah, ini tindakan Kesatuan pelajar UM bila Noraini dilantik semula menteri pengajian tinggi

Sebuah gerakan mahasiswa di universiti awam menyuarakan keraguan atas pelantikan semula Noraini Ahmad sebagai menteri pengajian tinggi, dengan menggariskan kegagalannya ketika memegang jawatan itu ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) 2021 berkata, tindakan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob melantik semula Noraini tidak selari dengan visi untuk lebih melibatkan anak muda dalam pemulihan negara, bahkan disifatkan kesatuan itu sebagai satu langkah yang “ironi”.

“Pelantikan semula Dr Noraini pada 27 Ogos…boleh dikatakan sebagai suatu langkah yang ironi bagi pengurusan institusi pendidikan tinggi, di mana pelbagai masalah dan kegagalan telah timbul sewaktu tempoh dia berkhidmat sebagai menteri pengajian tinggi.

“Kegagalan menteri dalam menjalankan tugas ketika kerajaan yang lepas telah membuktikan bahawa dia tidak sesuai untuk memegang jawatan ini dan tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menteri pengajian tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara kegagalan dibangkitkan ialah penangguhan pendaftaran pelajar baru saat akhir yang diumumkan sehari sebelum hari pendaftaran bersemuka pada Oktober tahun lalu, yang menurut KMUM menimbulkan masalah buat pelajar.

Ini termasuklah pelajar dari negeri lain yang tidak dapat menetap di kolej dan terpaksa menanggung sendiri kos pulang ke kediaman masing-masing akibat penangguhan itu.

Pelajar dari Sabah dan Sarawak pula, kata KMUM, terpaksa menanggung sendiri kos ujian RT-PCR untuk pulang ke kampung halaman, sedangkan tuntutan KMUM untuk kos ujian berkenaan masih belum diselesaikan oleh KPT.

KMUM juga mendakwa kerajaan gagal menggerakkan usaha memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) yang menunjukkan kerajaan tidak berminat untuk “membudayakan pemikiran secara kritis dan demokratik dalam kalangan pelajar.”

Oleh itu, KMUM menggesa agar pelantikan baru menteri pengajian tinggi dipilih daripada mereka yang benar-benar mempunyai wawasan dan sedia berkhidmat untuk kepentingan mahasiswa

Noraini bersama bekas menteri tenaga dan sumber asli Shamsul Anuar Nasarah, telah meletakkan jawatan daripada pentadbiran bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, selaras dengan pendirian Umno ketika itu untuk menarik balik sokongan mereka.

Dia dilantik semula ke dalam kabinet oleh Ismail, bersama menteri-menteri lain daripada Umno yang kekal dalam pentadbiran PN sehinggalah ia tumbang ekoran peletakan jawatan Muhyiddin.

Noraini dan barisan menteri dan timbalan menteri baru dijadual mengangkat sumpah di Istana Negara hari ini.

sumber:mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *